Alhamdulilah.... Alhamdulilah... Alhamdulilah...
Syukur ke hadrat Allah swt kerana telah mengurniakan seribu macam nikmat kpd hamba-hambaNYA, walaupun dosa, maksiat & kemungkaran tak pernah lekang dari kehidupan manusia itu sendiri.
Alhamdulilah... Alhamdulilah... Alhamdulilah
Petikan dari Hadis ke 23 dr kitab hadis 40 karangan Imam Nawawi:
عن أبي مالك الحارث بن عاصم الأشعري قال: قال رسول الله : (( الطهور شطر الإیمان، والحمد لله تملأ الميزان، وسبحان الله والحمد لله تملآن أو تملأ ما بين السماء والأرض، والصلاة نور، والصدقة برهان، والصبر ضياء، والقرآن حجة لك أو عليك، آل الناس یغدو فبائع نفسه فمعتقها أو موبقها )) رواه مسلم
Terjemahan hadith
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)
Alhamdulilah... Alhamdulilah... Alhamdulilah...
Sekadar brkongsi perkara yg sgt mengembirakan hati ini. Alhamdulilah...setelah bersusah payah belajar kereta dalam semester yg sgt busy ini, semalam menjadi sejarah kerana sy berjaya mendapat lesen memandu...lesen memandu pertama dlm hidup ini!!! Yeah!!!! Semuga peristiwa ini akan menjadi motivasi kpd diri ini, yg kita boleh dapat apa shja yg kita mahu selagi kita berusaha ke arah itu...semestinya dgn bantuan dr Allah taala.. ^____^
Final exam semakin hampir...Smuga kita semua dipermudahkan ke arah kejayaan. Bi Taufiq wa Najah ala al-imtihan ^___^
No comments:
Post a Comment