“Adapun kebahagiaan ilmu, maka hal itu tidak dapat kamu rasakan kecuali dengan cara mengerahkan segenap kemampuan, keseriusan dalam belajar, dan niat yang benar"-Ibnu Qayyim.

Wednesday, August 17, 2011

Daily log: Menjadi Tetamu ALLAH.............Part 1


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang.

Intro: Apa-apa yg ditulis ini tiada kaitan dgn yg masih hidup @ yg sudah mati @ yg akan mati. Setiap apa yg ditulis ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri, apa yg aku sendiri lihat, dengar & alami bende itu. Disini juga tiada unsur2 umpat-mengumpat@ nk memburukkan mana-mana pihak. Fitrah manusia itu Allah jadikan mmg tidak sempurna. Maka, kerja kita ambik la yg mana baik & bagi yg tidak baik tu, kita jadikan sbg iktibar selagi mana kita masih hidup (tak diusung kete mayat lg....pnjm tagline sifu kete mayat)

labbaika Allahumma labbaik
labbaikala syarika laka labaik
innal hamda wa ni'mata
laka wal mulk
la syarika lak.....

Alhamdulilah...Syukur tak terhingga kerna Allah telah pilih aku ni utk mnjadi tetamuNya. Terus terang aku cakap, aku tak pernah terpikir pn akan menjejakkan kaki aku ni ke dua tanah suci itu yakni Makkah & Madinah. Aku mmg ada panjatkan doa supaya aku berpeluang pegi ke tempat suci itu, tapi tak sangka doa aku dimakbulkan secara tiba-tiba. tanpa sebarang perancangan awal.

Tanggal 7hb Ogos 2011, aku bertolak ke Jeddah...berdebar sungguh,tak tahu nk cakap apa lagi. Berdebar sbb dpt pegi tanah suci satu, tapi yg keduanya berdebar naek kapal terbang plek. Pada awalnya mmg dah plan nak makan novomin je (Perhatian: Novomin adalah ubat tahan mabuk...sesuai utk travel). Tapi aku lupa satu hal, bulan puasa kot...mana boleh makan ubat ni. Ada seorang makcik dlm rombongan ( Mak Wan) mmg ada masalah mabuk yg serius, jadi die trpaksa 'breakfast' untuk makan ubat....waaaa...tapi masakan aku nk berbuka gak. Jadi aku gagahkan diri menaiki benda alah itu. Tepat jam 3.10, kami semua menaiki MAS menuju ke Jeddah. Pada awalnya, keadaan masih terkawal,tapi lama-lama Tuhan saja yg tahu. Terus terang ckp, aku mmg sgt emosional ketika itu. Senang cerita, jgn sape2 tegur aku masa naik flight. Pening, mual, loya n yg sewaktu dgnnya...pakej yg menarik ni. Lagi menyebakkan bila aku terpaksa puasa 13 jam untuk hari itu. Yg sepatutnya, kalau diikutkan waktu di Malaysia, lebih kurang jam 7.21 (Dkt Ganu) sudah azan. Tapi Jeddah & sewaktu dgnnya awal 5 jam dari Malaysia. Jadi, sampai kt Jeddah baru berbuka...alhamdulilah ala kulli hal.

Jd mula-mula nk cerita sedikit psl keadaan airport di Jeddah. Airport disana dibahagikan kepada beberapa bhagian bergantung kpd tujuan penerbangan. kebiasaannya, orang2 yang buat umrah akan landing dekat airport orang buat haji. Jadi, penuh la manusia-manusia yg berpakaian ihram disana. Semua pn tinggi (Saiz orang arab). Jadi ini 1st time rasa sangat rendah diri. Satu benda yg aku nk puji pasal sek2 arab ni, diorang memang peka dengan waktu solat. Bila azan magrib berkumandang je, diorg terus berbuka puasa ala kadar atas lantai airport & terus solat berjemaah atas lantai airport 2 jugak..Subhanaallah...satu keadaan yg susah nk jumpa kt Malaysia ni. Kalau orang kita, makan kenyang2 sampai penuh baru nk solat maghrib..lepas geram la katakan. Solat pn nk dalam keadaan selesa...paling2 kurang kena solat dalam bilik yg ada kipas & beralaskan tikar sejadah. Betullah...orang Islam kt malaysia ni manja-manja.

Selepas selesai urusan dgn imigresen, kami pn bergegas mengambil semua bagasi & menuju ke bas yg telah disediakan. Jam ketika itu menunjukkan jam 11.30 mlm & kami semua akan bertolak ke bumi Madinah dahulu. Dalam perjalanan, ktorang singgah dkt 1 kedai makan utk bersahur (bersahur kt sini awal, pukul 3 pg dh kena ready sbb subuh awal). Jadi, bl dah singgah kedai makan, maka secara automatik kita akan singgah tandasnya....Aku nk cerita, walau sekotor tandas2 awam kt malaysia, tapi tandas yg aku pergi ni...Allahu'lam...Allah sahaja mengetahui kedaannya. Macamane diorang boleh bertahan ni!!! Kenapalah orang Islam tak boleh betul2 mengamalkan ajaran Islam yg suci murni ni. Aku tak berniat nk kutuk ni, cuma nk sedarkan diri sedikit.

Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Madinah. Perjalanan masih jauh lg & kata ketua rombongan (Cikgu Li), ktorang mungkin tak sempat nk solat subuh kt masjid nabawi. Jadi, sebagai langkah selamt ktorang pun berhenti di sebuah masjid kecik. Nak dijadikan cerita, kami semua sekali lg berkunjung ke tandas di masjid itu...Isk...isk..macam lagi teruk dr tandas td. Bayangkan tandas kt masjid seteruk itu. Sekali lagi aku tekankan, aku bukan nk kutuk. Tapi orang Islam ni perlu sedar diri. Malu la dkt non-muslim yg tandasnya jauh lebih suci dr tandas muslim ni. Cukuplah bab tandas nii...sambung bab masjid td. Pada awalnya masjid 2 tiada sebarang manusia pn, tp tibe-tibe lepas je azan, masjid 2 penuh dgn jemaah2 yg semakin memnuhi saf. Keadaan ni pn rasanya susah nk nampak kt malaysia ni. Bayangkan, satu masjid 2 penuh dgn org Islam yg solat subuh berjemaah. Satu benda psl org arab yg kita boleh ikut ni. Usai solat, kami meneruskan perjalanan lagi ke Madinah al-Munawwarah...

To be continued

Allahu wa rasulu 'lam..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...