“Adapun kebahagiaan ilmu, maka hal itu tidak dapat kamu rasakan kecuali dengan cara mengerahkan segenap kemampuan, keseriusan dalam belajar, dan niat yang benar"-Ibnu Qayyim.

Monday, August 22, 2011

Daily log: Menjadi Tetamu ALLAH.............Part 3

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang.

Sambungan Kembara di Bumi Madinah...

Huhu...petang itu selepas asar kami pn berangkat pulang. Ada juga beberapa orang yg tak nak pulang, nak stay sampai maghrib katanya tapi sek2 kami nak pulang jgk sbb kami tak prepare apa2 pn untuk berbuka nanti. Masa tu jam menunjukkan pukul 5. Bila keluar je dari masjid, rasa terkejut sgt....sbb rupanya dah ramai orang (sek2 arab) berkumpul untuk iftor disana...walhal maghrib dekat 2 jam lagi kot..isk3 semangat betul diorang ni. Iftor kt masjid nabawi ni ada 2 lokasi, sama ada dekat dataran luar ataupun dalam masjid sendiri. Dan menjadi kebiasaan ketika bulan ramadhan, tok sheikh2 arab yg kaya raya akan 'sponsor' majlis berbuka puasa disini. Memang bagus sgt pn sbb besar ganjaran kalau kita menjamu orang berbuka puasa ini waima sebiji kurma sahaja. Jadi, sewaktu keluar dari masjid menuju ke hotel, banyak la makanan yg kita dapat lihat...tapi makanannya tak sama macam kt Malaysia...Diorang berbuka dgn roti, yogourt, buah...Kurma & air zam-zam adalah benda wajib (tak payah cakapla)

Sampai di hotel Tuhan sahaja yg tahu...penat sgt...suhu Madinah yg mencecah 50 degree celcius 2 betul2 buat kami (saya je sbnarnya) lemah & lembik...tapi sabar 2 yg penting dkt sini. Kalau diikutkan hati, rasa tak nak keluar je dari bilik hotel 2...tapi kalau nak buat perangai macam 2, tak payah datang Madinah pun tak pe...sia-sia je la. Dah datang jauh2 ke bumi yg penuh barakah ini tapi nak duduk dkt bilik je...tak de maknanya.

Quote dari Cikgu Li (ketua rombongan kami), "Kalau berbuka kt masjid, semua benda dah ready dkt sana...kita pergi bwk diri je"...Jadi, kami pn bwk diri je lah petang itu. Saat kami tiba di Masjid...fuuuh...tmpat untuk muslimat hampir penuh,nak masuk pintu gate pn terpaksa berasak-asakan. Akhirnya kami dapat tempat duduk juga walaupun terpaksa berpecah. Teringat lagi saat 2, saya hanya ada air zam-zam segelas je....lepas 2 diorg pn bahagi-bahagikan buah kurma, jadi dpt la buah kurma sikit. Pastu, bila ternampak orang arab 2 bahagikan roti & yogurt, rasa teringin la plak...jadi cuba mintak. Mula-mulanya dia tak nak bagi mungkin sbb kami ni non-arab (mungkin je la sbb tak paham dia cakap apa masa tu). Tapi alhamdulilah...berkat kesabaran akhirnya kawan dia yg baik hati bagi kami roti & yogurt..haaa...daptlah merasa ni. Apabila azan berkumandang, kami pn berbuka la...selepas itu kami menunaikan solat maghrib & pulang ke hotel balik utk makan nasi..huhu..nasi ttp di hati. Selepas itu, kami kembali ke masjid utk menunaikan solat isyak & terawih berjemaah.

Keesokan harinya, kami ada slot ziarah pd sebelah paginya.. Slot ziarah ini dimulakan dgn Masjid Quba sbg destinasi pertama. Masjid ni terletak lebih kurang 3km dari lokasi hotel kami & seperti yg kita semua tahu, masjid ini adalah masjid pertama yg Rasulullah bina dalam sejarah islam ketika hijrah Baginda dari Makkah ke Madinah. Masjid ni tak lah sebesar masjid Nabawi, tapi masjid ni sgt menenangkan untuk beribadat. Rasa sgt tenteram masa duduk dkt dlm masjid ni walaupun sekejap. Antara kelebihan menunaikan solat di masjid Quba' ini ialah:

"Sesiapa yg berwuduk, kemudian pergi ke masjid Quba' untuk menunaikan solat, maka baginya pahala seperti pahala umrah" (HR Ibnu Majah)

Kemudian ziarah kami menuju ke ladang tamar...maka banyak la pohon2 tamar dkt sini. Ramailah diantara kami yg menjalankan urusniaga pembelian buah tamar disini..huhu...Selepas itu, kami melawat ke masjid Qiblatain, bukit uhud, masjid tujuh dan lain2 (tak igt sangat lah ziarah ke mana lagi masa ini...sbb tertido dkt dlm bas huhu)

Kisah Yogurt

Hari ke-3 di Madinah, hati rasa sgt sayu dan sedih...tak tahu nk explain macamana tapi rasa sgt down. Tiba-tiba je air mata boleh keluar, kadang-kadang tak boleh dikawal. Jadi bila dah macam ni, terasa macam tak de mood nak keluar bilik hotel, tapi keluar jgk untuk solat berjemaah di masjid Nabawi...tapi bila part nk berbuka kt masjid, rasa memang terlalu berat...malas sgt. Tapi macam biasa, saya akan pergi jgk sbb kebetulan si kakak berhajat untuk menjamu orang makan di masjid. Jadi, dia siapbeli roti & yogourt untuk dibahagi masa iftor nanti. Nak tak nak kena pergilah jwbnya....jadi ku gagahi jua langkah ni sbb kena tlg kakak bahagikan makanan tu..Nak dijadikan cerita, kami sampai lambat lagi kt masjid...masa tu,dah beribu-ribu orang memenuhi masjid 2. Jadi kami pun terpaksa berpecah, duduk sorang-sorang. Jadi, saya pn duduk kt sebelah sorang makcik arab ni. dah duduk kt situ, maka saya pun bahagikan je yogurt kt situ. Mula dgn makcik kt sebelah & jiran2 sekitar sampai habis yogurt 2. Memang dapat terlihat kegembiraan di wajah diorang. Padahal yogurt 2 harga 1 riyal je kot sebekas. Nak dijadikan cerita lagi, sebelah makcik arab tu ada tong air zam-zam...saya sebenarnya nk mtk tlg je makcik 2 ambilkan segelas air zam-zam...nk buat berbuka nanti...tapi apakan daya, punya la tak reti nak cakap arab sampai mulut langsung terkunci. Jadi, saya pusing belakang & pandang mak...dia bagi air zam-zam yg dia punya..hehe. Jadi bila saya pegang gelas tu, tiba-tiba makcik arab sebelah saya cakap sesuatu..tak paham tp maksud dia lebih kurang macam ni la.."awat tak habaq nak air zam-zam...dkt sini pun ada"..Jadi saya senyum je la. Azan berkumandang...kami semua berbuka alhamdulilah....tak tahu nak cakap, tapi dekat madinah ni, berbuka dengan beberapa ulas kurma & segelas air zam-zam pun dah kenyang. tak payah dah makan benda lain..macam yang Nabi buat. Tapi tadi saya ada bawak bekal roti separuh & yogurt. Membazir plak klu tak dimakan. Saya pun makan roti sikit sambil minum air zam-zam yg sgt refreshing itu..Roti dah makan, tinggal yogurt sebekas lagi. saya memang dah tak mampu nak makan yogurt ni, kalau bwk pulang hotel pun, dah tak ada masa nk mengkedarahnya. Jadi tiba-tiba akal memberikan cadangan bernas. Nape tak bagi je kat makcik arab sebelah...maka tanpa dilengah, terus saya bagi yogurt 2. Pada mulanya dia tak nak terima. Dia cakap dia dah dapat...tapi selepas dipujuk akhirnya dia ambik jugak.....Muka dia hepi sgt masa tu...saya pn hepi la untuk makcik 2. Lepas tu, tiba-tiba die bagi kain basah untuk saya. Mula-mula tak paham untuk apa...rupanya untuk lap tangan...dia cakap tu sunnah nabi. Then, masa nk solat maghrib, saya macam biasa tak bawak sebarang alas@ sejadah...pastu anak dia bagi alas untuk solat. Masa tu saya rasa sgt segan sbb diorang layan saya macam raja, padahal sbb sebekas yogurt je. Lepas solat, saya pun lipat balik alas tu untuk dipulangkan, tiba-tiba, dia tak bagi saya lipat & suruh saya amek terus...subhanallah...macam tu rupanya. Bila kita berbudi dgn orang, orang pun akan berbudi dgn kita walaupun hanya kerna benda yg kecik...Terima kasih makcik arab...saya akan guna alas tu kt mana2 saya pergi insyaAllah...(ktorg nak borak tapi sbb saya ni yg lemah arab jadi makcik 2 pn senyum je)

To be continued.....
Kembara ke Bumi Makkah al-Mukarramah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...