“Adapun kebahagiaan ilmu, maka hal itu tidak dapat kamu rasakan kecuali dengan cara mengerahkan segenap kemampuan, keseriusan dalam belajar, dan niat yang benar"-Ibnu Qayyim.

Friday, June 18, 2010

Jom Baca: Novel Isabella, Debat Islam VS Kristian


Novel Isabella 1 (Mukaddimah)

Kisah ini dipetik daripada novel yang asalnya ditulis oleh Maulana Mophammad Saeed di dalam bahasa Urdu. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahmn Ali Al-Hashimi dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain. Pada kulit buku tersebut ada ditulis ''A NOVEL BASED ON A COMPARATIVE STUDY OF ISLAM AND CHRISTIANITY''yang pada hakikatnya ia lebih merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan mengenai perbandingan kedua agama tertua itu. Berikut merupakan beberapa petiikan menarik daripada novel tersebut.

-----------------------------------

Di Bandar Cordova, negeri Sepanyol, terdapat sebuah taman yang amat terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya. Kelihatan seorang gadis Kristian yang dikenali dalam sejarah sebagai Isabella sedang menikmati keindahan taman itu bersama rakan-rakannya. Dia adalan anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya sering digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga.

Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya, terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata , "…padahal paderi-paderi Kristian itu….." Isabella dengan kawan-kawannya lantas dengan berhati-hati memasang telinga.

Pada waktu itu, kedua orang pemuda itu kerana terlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahawa perbincangan mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis Kristian.

Salah seorang pemuda itu berkata, " Saint Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya bahawa hukum-hukum agama adalah satu kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut. Apakah makna kata-katanya itu , Maaz sahabatku?"

Terdengar ketawa kecil kawannya. " Umar sahabatku, engkau mahu aku menerangkan kepadamu, padahal paderi-paderi Kristian itu sendiri…"

Waktu itulah Isabella mendegar percakapan itu. Salah seorang kawan Isabella menyanpuk dengan nada sinis, " Sejak orang-orang Islam datang ke mari, agama kita diancam bahaya"".

"Diamlah! " herdik Isabella, "Nanti mereka tahu kita ada di sini". Sahabat Isabella terdiam sejurus mendengar kata-kata Isabella. Tiba-tiba terlintas idea dalam kepala Isabella, "Bagaimana kalau kita minta pengakuan bertulis daripada pemuda-pemuda Islam ini, bahawa mereka bersedia untuk bersemuka dengan paderi-paderi kita. Dengan surat itu pula, kita boleh mendesak cendekiawan Kristian untukberhujah dengan orang-orang Islam ini dan memaksa mereka memeluk agama kita."…………..

Surat itu berbunyi : " Maafkan saya. Saya telah mendengar dengan penuh perhatian perbincangan rahsia tuan-tuan itu dan oleh kerana kami juga berminat dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan agama. Saya telah mendengar salah seorang daripada tuan ada mengatakan kepada temannya bahawa jika kami penganut Kristian dapat memberi penjelasan yang memuaskan tentang perhubungan antara hukum-hukum agama dengan kutukan, maka tuan bersedia memeluk agama kami. Tuan juga mahu mencabar kami (orang-orang Kristian) tentang hukum agama dan kutukan. Jadi, sebagai hamba Tuhan Jesus Kristus, kami dengan senang hati menyambut cabaran tuan dengan syarat tuan membuat pengakuan bertulis."
(hamba hina agama Kristian).

Surat itu telah diserahkan oleh sahabat Isabella kepada Umar Lahmi. Agak terperanjat juga Umar kerana tiba-tiba sahaja anak gadis yang tidak dikenali menyerahkan surat itu.….Kemudian suarat itu dibalas oleh Umar …

" Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah nona dan kami bersetuju, jikalau sekiranya anggota gereja dapat memberi penjelesan kepada kami tentang dilema hukum-hukum agama dan kutukan dengan penjelesan yang memuaskan, saya dan kawan saya akan memeluk agama Kristian. Sial nyatakan tempat dan tarikh perbahasan …"
(Hamba hina agama Islam)
(Umar Lahmi)

………….

Diringkaskan cerita, cadangan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan tempat perbahsan telah ditetepkan di Gereja Cordova pada pagi Ahad. Bersambung .....PERTEMUAN PERTAMA.

Novel Isabella 2 : Pertemuan Pertama

Pada pagi berikutnya, iaitu pagi Ahad, berita tentang pertemuan itu tersebar luas. Orang-orang Kristian dengan penuh hati-hati membuat persiapan teliti di dalam menghadapi orang ramai yang ingin ikut mendengar perbincangan tersebut. Hanya bebrapa orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam gereja. Ketika Umar Lahmi, Maaz dan beberapa orang cendekiawan Islam memaski dewan gereja itu, kelihatan oleh mereka hampir kesemua paderi yang terkemuka di Cordova ada di dalamnya dan sedang sibuk mengerjakan sembahyang.

Tidak lama kemudian, upacara sembahyang itu pun selesai. Para paderi itu lalu mengambil tempat duduk di suatu meja panjang yang sudah disediakan, berhadapan dengan Umar Lahmi, Maaz dan kawan-kawannya.

Sesudah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana telah manyahut pelawaan mereka, Micheal, guru Isabella membuka pertemuan. Dia dengan lebih dahulu memperkenalkan tiap-tiap orang paderi yang ada di meja persidangan itu. Salah seorang daripadanya bernama Paderi Peter yang terkenal sebagai seorang ahli pengkajian Arab dan kitab-kitab Islam.

"Kami diberitahu, bahawa tuan-tuan mempunyai sedikit keraguan tentang agama Kristian dan juga telah berjanji, kalau penjelasan yang kami berikan boleh menyakinkan, maka tua-tuan akan meninggalkan Islam memeluk Kristian." Kata Micheal.

" Kami cukup yakin yang kepercayaan dan ajaran-ajaran itu tidak beralasan. Dalam pada itu, jika tuan dapat memuaskan hati kami dengan penjelasan-penjelasan tentang agama tuan, kami bersedia masuk agama Kristian".

Mendengar kata-kata Umar Lahmi, itu, Micheal lalu berpaling kepada Peter, yang dianggap oleh para paderi di ditu sebagai orang paling berkebolehan untuk bedebat dengan orang Islam.

Peter, dengan nada suara orang yang menguasai keaadaan, berkata:

" Saya diberitahu bahawan bantahan tuan-tuan yang terutama sekali ialah tentang mengapa Saint Paul telah mengatakan hukum-hukum agama itu satu kutukan."

"Baiklah," ujar Peter, "sebutlah soalan-soalan tuan dengan jelas bersama-sama dengan pendirian tuan mengenainya."

"Mula-mula..." Umar Lahmi memulakan bicara, " cuba beritahu saya apakah ''jangan mencuri, jangan membunuh, jangan menimbulkan kesukaran kepada tetangga dan lain-lainnya'' itu merupakan firman-firman Tuhan dan apakah ada kaitannya pula dengan hukum-hukum agama?"

"Sudah tentu. Semuanya itu ada kaitannya dengan undang-undang agama." Jawab Peter dengan cepat.

"Apakah pula dikri Saint Paul tentang hukum-hukum agama?" tanya Umar Lahmi lagi.

"Dikri bagaimana? Saya tidak faham," jawab Peter. Mengangkat mukanya memandang Umar seperti kehairanan.

"Tuan faham benar-benar perkara itu" kata Umar Lahmi dengan suara agak keras sedikit. "Cuma tuan mahu mengelak daripada menjawabnya. Katakan saja bahawa Saint Paul telah mengangap hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan."

"Saint Paul mengangap hukum-hukum agama itu sebagai kutukan, dari sudut bahawa inti hukum agama itu adalah bahagian daripada Jesus Kristus dan betapa bodohnya apabila intinya ditinggalkan sedangkan kulitnya dikelar-kelar."

"Begitulah pula yang saya maksudkan," kata Umar. "Saint Paul yang mengangap Jesus sebagai jiwa dan hukum-hukum agama itu sebagai tubuh, telah mengatakan hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan dan apabila tuan juga berkata Firman Perjanjian Lama ada kaitannya dengan hukum-hukum agama, maka TIDAKKAH MENAHAN DIRI dari melakukan pembunuhan dan penzinaan juga adalah satu KUTUKAN."

Mendengar hujah Umar Lahmi itu, Peter si paderi tua kelihatan agak resah sedikit, tetapi dia menjawab dengan satu dalihan, "Perkara ini sebenarnya merupakan satu perkara yang GHAIB, dan tuan tidak akan dapat memahaminya tanpa bantuan dari '';Roh Kudus'' dan tidak semestinya pula seseuatu masalah yang tidak dapat difahami itu merupakan perkara yang salah. Saint Paul telah memgangap hukum-hukum agama secara lahiriahnya satu kutukan dan tidak pula tertuju kepada semua bentuk hukum agama."

"Benar. Memang betul Saint Paul mengatakan hukum-hukum agama pada lahiriahnya satu kutukan. Sekarang cuba terangkan kepada saya, jikalau TIDAK mencuri, TIDAK berzina, TIDAK menganggu keluarga dan lain-lain lagi itu adakah hukum-hukum agama yang lahiriah atau dalaman, rohaniah dan moral?" tanya Umar Lahmi.

"Tuan hanya menumpukan soalan kepada topik yang sama," kata Peter membantah. "cuba dengar, Apa yang dikatakan oleh Jesus Kristus adalah lebih baik daripada yang dikatakan oleh Saint Paul. Tuhan kami menyuruh kami mengikut Firman-firman Perjanjian Lama".

"Iaitu untuk memperoleh keselamatan maka perlu mengikut Perjanjian Lama * juga," (*NOTA: lihat Injil, Matius Bab5:19 sampai Bab 10:25). Kata Umar Lahmi. "Kalau sudah begitu, megapa timbul atau mengapa perlunya perkara penebusan dosa dengan menyalibkan ''Putera Tuhan''? Iaitu, mengapa harus ada Penebusan Dosa ini apabila Perjanjina Lama perlu diikuti? Apakah perlu mengikuti Firman-firman Perjanjian Lama malah sesudah Kristus menebus dosa?"

"Kami tidak yahu apa-apa," jawab Peter debgan suara perlahan. "Kecuali Tuhan kami telah mengarahkan kami mengikuti Perjanjian Lama. Tetapi keselamatan tidak dapat diperoleh hanya semata-mata mengikuti Perjanjina Lama tanpa ada penebusan dosa."

"Jadi , Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yusof, Nabi Noh dan lain-lain nabi itu kehilanganlah keselamatan mereka, kerana jalan keselamatan mereka satu-satunya hanyalah dengan mengikuti hukum-hukum agama?" tanya Umar Lahmi, kemudian disambungnya, "Begitu juga dengan para pengikutnya, keselamatan mereka dicabut."

"Sebelum kedatangan Kristus, jalan keselamatan satu-satunya dengan mengikuti hukum-hukum agama, tetapi penebusan dosa oleh Jesus Kristus telah mengubahnya dan sekarang jalan yanh ada hanyalah penebusan dosa," Jawab Peter.

Umar Lahmi tersenyum mendengar jawapan Peter yang berbelit-belit itu. Dia memandang muka Isabella yang sedang tenggelam dalam satu fikiran yang membingungkan. Umar memandang kepada muka Peter, ditenung matanya. "mula-mula tuan menolak apa yang sudah dikatakan oleh Saint Paul iaitu hukum-hukum agama bukan satru kutukan, kemudian tuan menolak hukum-hukum agama sebagai dasar keselamatan. Dapatkah tuan mengemukakan kata-kata ''WALI'' yang lain untuk membuktikan bahawa ucapan Saint Paul ''hukum-hukum agama itu satu kutukan'' adalah tidak benar?"

Tiba-tiba seorang paderi kurus yang bermuka cengkung dari sebelah kiri menyampuk dengan suara yang lantang. "Tuan-tuan! Percakapan tentang hal ini adalah perbuatan murtad dan kufur. Semua yang dibincangkan adalah berkaitan dengan perkara-perkara ghaib."

" Jangan ikut rasa hati dalam perselisihan pendapat ini," ujar paderi yang bertubuh gemuk dan berkepala bulat licin. Dia duduk di sebelah kana Peter.

Melihat keadaan mulai kacau itu, Micheal bangun dan berkata: "Saudara-saudara, kita berhimpun di sini untuk mencari kebenaran ………"

Isabella yang duduk bersama-sama rakannya berbisik " Cuba kalian lihat, di belakang orang-orang Islam mereka bercakap besar bahawa orang-orang Islam ini tidak akan dapat berhadapan dengan mereka. Tapi bila duduk berhadapan dengan mereka, tembelang mereka terdedah semuanya. Aku sangat menyesal bapaku tiada disini hari ini, kalau tidak dia tentu boleh tutup mulut orang-orang Islam itu…" Bersambung.....PERTEMUAN KEDUA -Siapa yang disalib? Tuhan atau Manusia?.

Novel Isabella 3 : Pertemuan Kedua

Siapa yang disalib? Tuhan atau Manusa?

Sebaik sahaja selesa duduk, Umar Lahmi pun berkata; "Kelmarin kita telah membuat keputusan akan berbahas pada hari ini mengenai ketuhanan Kristus dan penebusan dosa.

Peter menjawab. "Kedua-dua masalah itu sebenarnya satu dan saling kait-mengait. Jadi tuan boleh pilih mana satu yang tuan suka untuk kita bincangkan dulu."

"Terima kasih," kata Umar Lahmi. Dia lalu membaca beberapa ayat quran dari Surah AL_FURQAN. Wajah Isabella tiba-tiba berubah, kulit mukanya yang putih bersih menjadi merah seperti bunga raya kembang pagi. Bacaan Umar terhenti apabila dia mendengar ada benda yang jatuh tidak jauh dari tempat duduknya. Dia yang sedang berpejam itu membuka matanya, dilihat sahabat Isabella sedang menolong mengangkat Isabella duduk. Seluruh hadirin menjadi gempar dan berdiri melihar ke depan.

Maaz membisikkan ke telinga Umar Lahmi memberitahu bahawa anak gadis itu terlalu terpesona dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibacanya.

Peter dan Micheal bukan main lagi terkejut melihat keaadaan anak ketua Paderi , Isabella. Mereka serentak bertanya sebab ia terjadi serupa itu, tetapi Isabella tidak menjawab, hanya beberapa tits air mata jatuh meleleh di atas pipinya yang masih merah.

"Dia tak apa-apa," kata Catherine, sahabat Isabella. "Dia selalu mendapat serangan tiba-tiba serupa itu." Keterangan itu tealah mengikis tanggapan para paderi bahawa Isabella sudah terpengaruh dengan Islam.

Setelah berhenti sejenak, Umar Lahmi lalu menyambung bacaannya, kemudian berdiri dan berkata:
"Tuan-tuan. Kami telah diberitahu bahawa prinsip agama Kristian ialah ketuhanan Kristus dan penebusan dosa, jadi saya ingin memajukan satu pertanyaan yang boleh menguraikan masalah ketuhanan Kristus itu. Pertanyaannya : Apa keperluannya yang khusus maka ''Putera Tuhan'' membuat pengorbanan bagi penebusan dosa? Sebab kalau untuk tujuan itu sahaja, orang alim yang lain juga boleh dipilih untuk mengorbankan jiwanya sebagai ''penebusan dosa semua orang yang berdosa''. Apa sebab istimewa ''Putera Tuhan'' telah DISALIB?"

Para paderi itu telah berbisik sesama sendiri, berbincang perlahan-lahan. Sejurus kemudian mereka memilih Peter untuk menjawab pertanyaan itu walaupun dia kelihatan agak kebingungan. Namun sebagai sikap kebapaan dia bangun juga dan bercakap dengan lidah yang terketar-ketar.

"Untuk penebusan dosa ''Putera Tuhan'' diperlukan, kerana orang lain, baik dia nabi atau rasul penuh dengan dosa dan orang yang ada dosa tidak dapat menebus dosa orang lain. Kerana itu Tuhan Jesus Kristus yang satu-satunya ''Putera Tuhan'' dan bebas dari dosa, maka dia dikorbankan untuk kepentingan semua orang yang berdosa."

"Baiklah," kata Umar. "Cuba terangkan apa yang disalib. Apakah KETUHANAN yang disalib untuk penebusan dosa ataupun KEMANUSIAAN yang ada pada Kristus? Jikalau ketuhanan Kristus itu yang disalib, maka bererti tuhan y ang tunggal dan tanpa sekutu itu memikul semua beban seksaan penyaliban dan kematian datang ke atas peribadi Tuhan yakni TUHAN SUDAH MATI. Tetapi kalau kemanusian di dalam Kristus itu yang disalib, jawapan tuan sudah hilang semua kekuatannya, kerana kalau begitu caranya, maka penyaliban manusia adalah lebih cocok dan bukan tuhan, kerana kedua-duanya menunjukkan akan kemanusian di dalam Kristus, dan bukannya ketuhanan yang dikorbankan"

"Sudah tentu. Tuhan Jesus merupakan ketuhanan yang sempurna dan kemanusiaan yang sempurna. Kedua-dua sifat ini terhimpun dengan baik dalam dirinya, tetapi kemanusian seperti juga dengan ketuhanannya bebas dari dosa dan sebab itu pengorbanannya amat perlu kerana manusia lain semuanya bergelumang dengan dosa, oleh yang demikian mereka(orang biasa) tidak sesuai untuk penebusan dosa," kata Peter.

"Itulah," jawab Umar Lahmi. "Kerana tidak ada manusia di dalam dunia ini yang bebas daripada dosa, maka ''Tuhan'' sendiri terpaksa turun ke dunia dan ketuhanannya tidak disalib tetapi kemanusiaannya. Andaikata seorang manusia yang bebas dari dosa diperlukan untuk penebusan dosa, mengapa Tuhan tidak ciptakan seorang manusia yang bersih sehingga tidak payah ''TUHAN'' sendiri MATI di atas tiang salib kerana penebusan dosa."

Peter menjawab, "Tuhan saja yang mengetahui perkara yang GHAIB. Kita tidak boleh kata kenapa kenapa Dia tidak berbuat seperti itu dan kenapa dia sendiri datang ke dunia untuk tujuan itu. Tetapi tentang hal ini kami tahu bahawa tuhan datang ke dunia untuk menebus dosa untuk menunjukkan kasih sayang-Nya yaag agung terhadap kemanusiaan. Bahawa sayangnya Tuhan kepada makhluk-Nya sampai ke tingkatan mengutus putera tunggal-Nya untuk menyerahkan nyawa sebagai galang ganti manusia-manusai lain. Tujuan ini tentu tak akan tercapai kalau hanya dengan mengutus orang lain."

"Jikalau kasih sayang Tuhan sudah demikian besar kepada mahkluk-Nya, kenapa Dia tidak mengutuskan ''puteranya'' itu awal-awal lagi untuk disalib? Apakah tidak ada manusia sebelum Kristus yang patut dipedulikan oleh tuhan? Apa sebab Dia baru menunjukkan kasih sayang-Nya itu setelah beribu-ribu tahun berlalu?" Umar Lahmi memajukan pertanyaan tanpa melepaskan peluang.

Peter menjadi serba salah. Dia lalu cuba melepaskan dirinya dengan menjawab. "Kita tidak tahu tentang keghaiban ini. Misteri Tuhan hanyalah diketahui oleh Tuhan sahaja."

"Pertanyaan saya masih beleum dijawab. Rujukan kepada KEGHAIBAN berulang-ulang tidak akan menyelesaikan masalah. Nah cuba katakan saja, kalaulah hanya kerana kemanusiaan penyaliban itu dilakukan maka kedatangan tuhan ke dunia ini sia-sia belaka. Orang lainpun boleh dikorbankan juga."

"Saya sudah menjawab," ujar Peter. "manusia tidak dapat dijadikan penebus dosa kerana dia sendiri begelemung dengan dosa, Kemanusian Kristus sesuai untuk penebusan dosa kerana dia adalah penjelmaan kemurniaan dan tidak berdosa."

"Kerana kemanusian, Kristus yang murni dan tidak berdosa, maka dia menjadi perlu untuk dipikulkan beban dosa seluruh manusia di atas pundaknya.." Umar Lahmi berhujah.

"Tuan Paderi yang mulia, logika tuan itu sedikit pun tidak menyakinkan malah kepada tuan sendiri juga. Apa salahnya jikalau ''Putera Tuhan'' itu berbuat sesuatu yang lebih baik yang boleh menebus dosa semua orang daripada dia dibebankan dengan dosa-dosa itu? Dengan lain perkataan, tidak payahlah Kristus itu disalib dan tidaklah timbul persengketaan tentang ketuhana dan kemanusiaan. Penawar bagidosa adalah KEBAJIKAN, kedatangan Kristus ke dunia ini sepatutnya membuat kebajikan sebagai penebus dosa, dan bukannya membunuh diri untuk penebusan dosa."

"Kita tidak dapat menasihati Tuhan. Tuhan berbuat apa yang disukai-Nya . Adalah biadap kalau kalau mahu mencapai darjat Tuhan." Peter menjawab.

Umar tidak menghiraukan jawapan Peter yang kasar itu sebaliknya dia berkata" Tuan tahu bahawa Kristus dilahirkan dari rahim Marian Perawan. Nah, apakah kelahiran itu ada pertaliannya dengan dengan manusia dan Tuhan, yakni apakah yang dilahirkan itu ''Tuhan'' atau ''Manusia''?"

"Tuhan itu bebas daripada kecacatan kelahiran. Kemanusiaan di dalam Kristus itulah yang dilahirkan," jawab Peter dengan nada yang agak gugup.

"Siapa yang mati disalib? TUHAN atau MANUSIA?" ujar Umar Lahi.

"Tuhan itu bebas dari kecacatan kematian. Manusialah yang mati disalib. Iaitu kemanusiaan di dalam Kristus," jawab Peter lagi.

"Kalau begitu," kata Umar, "kelahiran dan kematian ada pertalianlah dengan kemanusiaan Kristus dan bukan ketuhanannya."

"Benar. Memang benar," jawab Peter dengan cepat dan bersungguh-sungguh.

Umar Lahmi lalu mencapai Kitab Injil yang terletak di hadapan Micheal. "Maafkan saya. Saya minta pinjam sebentar."

Micheal tidak sempat menjawab, Kitab Injil itu sudah ada di dalam tangan Umar dan sedang membuka halamannya. Para paderi memandang kejadian itu dengan perasaan terkejut dan tanpa berkata bertukar-tukar pandangan antara satu dengan lain. Isabella semakin tertarik dengan perjalan perbincangan itu dan dalam diam-diam dia mengagumi kepintaran dan keluasan ilmu Umar. Kini dia mengambil kitab Injil pula.

Umar membuka pada Injil Ayub bab 15:14. "Cuba lihat, di sini ada tertulis ''Masakan manusia bersih, masakan benar yang lahir dari perempuan?'' dan kerana kelahiran itu bukan bersifat ketuhanan tetapi kemanusiaan maka mengikut pendapat Ayub, kemanusiaan Kristus juga begelimang dosa." Umar membuka halaman lain pula. "Dan lihat apa yang tertulis pada kitab Roma 6:23 bahawa ''upah dosa ialah maut'' yakni kematian ialah bukti YANG MATI itu penuh dengan dosa. Oleh sebab itu timbul lagi pertanyaan: Apakah sebabnya Tuhan tidak menyalibkan orang lain yang berdosa supaya ketuhanannya yang dapat diselamatkan? Menurut tuan , seseorang yang berdosa tidak boleh menebus dosa orang lain, jadi jelaslah Kristus tidak sesuai untuk penebusan dosa."

Peter kelihatan rusuh dan peluh-peluh renik mulai memancut keluar dari dahi dan pipinya. "Saya telah katakan bahawa semua ini adalah perkara-perkara ghaib ketuhanan. Tuhan berbuat apa yang disukai-Nya. Bagaimana tuan atau saya boleh mengkritik-Nya?"

Umar Lahmi dengan suara lantang yang dapat didengar oleh semua yang hadir berkata: "Jikalau agama tuan hanya didasarkan kepada keghaiban ketuhanannya saja, kenapa tuan jemput kami ke mari, menghabiskan masa tuan dan juga masa kami yang sia-sia saja?"

Ucapan Umar yang lantang telah menimbulkan keributan di tempat penonton. Isabella yang memang menaruh minat kepada soal-soal teologi, berasa hairan kepada Peter Suci yang amat dihormatinya itu, kenapa apabila dia tidak dapat menjawab sesuatu masalah yang ditimbulkan oleh lawannya, dia lalu lari berselindung di balik tabir misteri ketuhanan.

Keributan di tempat penonton semakin menjadi-jadi. Mereka tidak sabar menunggu jawapan daripada paderi paderinya tentang kata-kata Umar yang agak pedas itu.

Tiba-tiba Micheal bangun sambil memberi isyarat dengan tangannya supaya penonton berdiam diri, dan berkata, " Saudara-saudara. Hari ini adalah konfrontasi antara agama Kristian dengan agama Islam. Saudara-saudara telah tahu apa itu agama Islam? Ia mewajibkan kahwin empat isteri, Membunuh orang-orang bukan Islam tanpa memandang bulu dan Rasulnya kahwin dengan sebelas perempuan dan……."

Umar Lahmi melompat bangun dan menetang Micheal dengan berkata: Kalau tuan-tuan tidak dapat menjawab hujah saya, katakanlah dengan berterus terang, dan kemudian APA SAJA KRITIKAN tuan-tuan terhadap Islam boleh dikemukakan, dan saya dengan gembira akan menjawabnya satu-persatu." Dia kemudian memalingkan badannya kepada hadirin, "Di mana letaknya moral tuan-tuan ini, kami dipanggil ke mari ke tempat tuan-tuan, pertanyaan kami tidak dijawab, sebaliknya mengeluarkan kata-kata yang meghina." Dia berpaling ke arah Isabella. "Sekarang katakan apakah sikap para paderi saudari ini wajar?"

Isabella dengan segera bangun dan perkataan yang terpatah-patah berkata: "Saya berasa dukacita bahawa baik Bapa Suci Peter mahupun Bapa Micheal tidak pernah memberi jawapan kepada hujah-hujah yang dikemukakan. Permintaan saudara Umar adalah adil……"

Peter terus menegur. "Kau ini sudah gila bercakap merepek serupa itu." Peter kemudian berucap kepada hadirin. "Sudah pasti anak gadis ini diresapi oleh syaitan dan dia sudah tersisih dari Kristus. Tidak hairan kalau dia sudah hilang ingatannya."

Catherine, kawan Isabella segrea menjawab" Malang sekali tuan-tuan sedikitpun tidak berlaku adil dan kepada Isabella pula tuan-tuan semua timpakan semua kesalahan….."

Peter melonjak bangun dan dengan nada marah berkata."Usir perempuan-perempuan ini dari sini. Siapa yang membenarkan mereka berada disni?"

Perjalanan perbincangan telah terhenti buat seketika lamanya. Para paderi dan hadirin sibuk dengan berurusan mengenai masalah Isabella dan kawan-kawannya.

Melihat keadaan yang agak ribut itu, Umar Lahmi dengan suara yang nyaring merdu membaca beberapa ayat Al-Quran dari Surah Mariam.

Seluruh hadirn terpaku dan suasana yang tadinya kacau menjadi senyap sunyi. Ada yang diam kerana terperanjat mendengar bacaan yang ganjil daripada yang biasa diperdengarkan di dalam gereja. Para paderi yang kebingungan menutup telinga mereka dengan hujung jari khuatirkan ayat-ayat Al_Quran itu menembusi masuk ke dalam hati dan perasaan mereka. Ada sebahagian daripada orang-orang Kristian di dalam gereja itu termasuk Isabella yang faham sedikit-sedikit bahasa Arab terharu mendengar pujian-pujian terhadap Nabi Isa dan ibunya yang suci dan bantahan-bantahan terhadap tohmahan orang-orang Yahudi yang dilemparkan kepada mereka. Muka Isabella menjadi berseri-seri, tetapi dia menguasai dirinya dengan sabar dan duduk tidak bergerak. Setelah selesai Umar Lahmi membaca ayat-ayat suci itu, barulah Isabella membuka mulutnya, menyusun kata-kata dengan teratur dan tenang.

BERSAMBUNG :PERTEMUAN KETIGA: KETUA PADERI(BAPA ISABELA) BERDEBAT DENGAN UMAR LAHMI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...