“Adapun kebahagiaan ilmu, maka hal itu tidak dapat kamu rasakan kecuali dengan cara mengerahkan segenap kemampuan, keseriusan dalam belajar, dan niat yang benar"-Ibnu Qayyim.

Saturday, November 26, 2011

Mimpi yang Indah.


Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya." Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.


Mimpi yang Indah...^_^. Alhamdulilah...

Thursday, November 24, 2011

Tip: Anda mahu cantik???

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.

Tips mudah!!!

Tak perlu sebarang modal @ wang ringgit!

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

  • Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai “hiasan mata” anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
  • Oleskan “lipstik kejujuran” pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
  • Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
  • Pakailah “sabun Istighfar” yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  • Rawatlah rambut anda dengan “Selendang Islami” yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
  • Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu’ dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
  • Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung “kesucian”.
  • Bedaklah wajah anda dengan “air Wudhu” nescaya akan bercahaya di akhirat.
Jom, Cuba sekarang!!!

Ilmu yg berguna adalah ilmu yg memberi manafaat kpd diri & org lain setelah diamalkan... Bukan sekadar tersemat di hati @ sekadar bermain di bibir.

Monday, November 7, 2011

Syarah Hikam Jilid 2!


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim



Alhamdulilah ala kulli hal....Hari ini 8/11/2011 akhirnya diizinkan Tuhan utk memiliki Syarah Hikam Jilid 2 terbitan Telaga biru....yeah!!! Gembira sangat... Walaupun sebenarnya Jilid 1 tak abis hadam lg, tapi overexcited bila tgk Jilid 2 ni. Kitab ni lbh tebal, siap dgn testimoni dari orang2 warak yg tinggi ilmunya. Rm45 macam tak boleh dinilai dgn mutiara-mutiara ilmu, hikmah & ibrah yg terkandung dlm kitab ini.

Sekadar berkongsi Hikmah ke 83 yg terkandung dlm kitab ini:

Syeikh Ibnu 'Atha'illah rhm. berkata dlm Hikamnya:

"Makhluk-makhluk ini pada zahirnya adalah tipu daya. Batinnya pula adalah pengajaran & iktibar. Namun, nafsu (kebanyakan manusia) melihat kepada zahir tipu daya makhluk-makhluk itu. Hati (golongan 'arifin) pula melihat kpd batin pengajaran & iktibarnya."

Mafhum Hikmah:

Segala makhluk di alam buana ini adalah perhiasan dunia & sebab manusia trpedaya. Namun begitu, disblik perkara-perkara zahirnya, blh diambil byk iktibar & pengajaran. Tetapi nafsu kebanyakan manusia hanya melihat kpd zahir shja. Manakala hati sbhgian manusia, terutamanya orang 'arifin pula melihat kepada batin.

Iktibar hikmah:

Sesiapa yg melihat kpd zahir dunia, pasti akan berkata 'dunia itu manis, hijau, indah & segar'. Sebaliknya, sesiapa yg melihat kepada batin & hakikat dunia, pasti akan berkata 'dunia itu seumpama bangkai yg jijik'.

Kepada sesiapa yg berminat, boleh dapatkan di kedai buku berhampiran...bleh dpt diskaun. Tapi kalau nak beli secara online bleh klik disini.


Doa Imam al-Junaidi al-Baghdadi rhm:

"Ya Allah! Jadikanlah kemuncak matlamat & niatku kpd-MU ialah apa yg menjadi hak-MU. Janganlah Engkau jadikan matlamat & niatku kepada-MU ialah apa yg aku minta drpd-MU"

Sunday, November 6, 2011

The Door To Hell


Lokasi: Darvaz, Uzbekistan...
Sekali tgk dah seram...cuba kita bayang neraka sebenar nnt macamana...jauh lg dasyat dari 'neraka' kt dunia ini...Subhanallah.

Oh indahnya....N.I.Q.A.B

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..


Indahnya wanita yg berniqab.
luaran sgt menyejukkan,
dalaman apatah lg.
tak tergambar sebarang riak wajah,
namun bisa mengetarkan jiwa mata yg memandang...

Indahnya wanita yg berniqab.
Yg hatinya selalu pd Yg ESA,
walau apa yg terjadi,
baik buruk sume diredhai.

Indahnya wanita yg berniqab.
mulutnya sentiasa terjaga,
dari perkara-perkara laro,
umpat,caci,dusta.
Hanya kalimah terindah,
bait-bait Yg Maha Esa,
terpacul dari mulutnya.

Indahnya wanita yg berniqab...
betapa diriku mengagumimu.
smuga diri ini cukup bersih & suci
untuk menjadi sepertimu....ikhlas lillahi taala.

Friday, November 4, 2011

Tak ada yg lebih luas dr kasih sygNya..

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Petikan dari Buku "Allah kokohkan ku di atas jalanMU" karya Muhammad Lili Nur Aulia


Menurut Ibnul Qayyim rahimahullah, dlm kitab Al Waabil Ash Shaib, kejujuran yg dtg saat kita mengevaluasi & memeriksa kekurangan dlm diri itu, akan memunculkan sikap trhina di hdpn Allah. "Memeriksa kekurangan jiwa & kekurangan dlm beramal, pasti akn memunculkan rasa rendah, rasa tak berdaya, rasa sgt membutuhkan & sikap taubat di setiap waktu. Seseorang akn selalu memandang diri adalah org yg merugi & tak memiliki apa2. Sedangkan pintu paling dekat seorg hamba kpd Allah adalah ketika ia merasakan al-iflas, yakni rasa sama skali tak berdaya di mana ia tidak memandang dirinya memiliki apapun yg bisa dijadikan sandaran & tempat bergantung."

Ia melanjutkan, "Ubudiyah (perhambaan) berputar pd 2 prinsip utama,

1) hubbun kamil (kecintaan total)
2) dzillun tamm (kehinaan sempurna)

Dari dua hal inilah akn memunculkan sikap menyedari kenikmatan hingga membuahkan cinta & sikap selalu mmperhatikan aib & kekurangan diri.

"Jika seorg hamba telah bisa melandasi hubungannya dgn Allah di atas 2 prinsip ini, maka mush takkan mampu menaklukkannya kcuali sedikit saja. Ia akan cepat dibangkitkan oleh Allah, & tersedar dgn RahmatNya... Sekejap saja ia brpaling, akan terasa kerugian besar yg takkan terbayar kcuali kembali kpd Allah & merasakan rahmat Allah.."

Thursday, November 3, 2011

Kerdil

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Bila keluar je dari bilik 1.8 mahalah T4...terasa diri ini sgt kerdil. Walaupn mmg x dpt dinafikan, ketinggianku mencecah 172cm, tp ttp terasa diri sgt kerdil. Di Sekeliling, terdapat ramai sgt orang-orang hebat...orang yg warak, tinggi ilmu & amalnya, baik budi pekerti & sentiasa istiqamah..

Bila mengenangkan diri yg x seberapa ini...alangkah terasa kerdilnya diri. Disisi makhluknya... Disisi KHALIQ bertambah la lg... Kadang-kadang terasa betapa diri ini dh mengkianati kewajipan yg Allah tlh tetapkn. Apa yg sebenarnya di cari dr kehidupan ini??? Dalam kitab suciNya, byk ayat yg menyuruh agar kita tidak terpalit dgn perhiasan dunia. Itu pegangan untk berjaya...tp seolah-olah hanya menjadi teori. Teori yg sukar utk jadi realiti di akhir zaman ini.

Kerdilnya diri ini...

p/s: soalan utk diri: smp bila nk jd kerdil??

Wednesday, November 2, 2011

Tenang...

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Firman Allah dlm surah ke 2, ayat 45:

" Dan Mohonlah pertolongan dengan SABAR & SOLAT. Dan sesungguhnya SOLAT itu amatlah berat kecuali kepada orang yg KHUSYUK"

Sodaqallah Al-'azim.

Ayt diatas adalah salah satu ayat suci yg dh lama dihafal & selalu terngiang2...tp baru hari ini dapat merasai kesan & impak sebenar ayat itu kepada hati ini...alhamdulilah. Dikala hidup ini sibuk dengan bermacam2 masalah, assignment, kuiz, report PT...alangkah bertuah orang yg dpt 'spent' quality time dgn 'kekasih' yg HAKIKI...dpt merasai kemanisan sbenar kehidupan..subhanallah

Allahu'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...