“Adapun kebahagiaan ilmu, maka hal itu tidak dapat kamu rasakan kecuali dengan cara mengerahkan segenap kemampuan, keseriusan dalam belajar, dan niat yang benar"-Ibnu Qayyim.

Friday, July 29, 2011

Sek-sek AIN yang sentiasa dihati.

Lokasi:Training Room plek.
Hahaha...tumpang skaki...Jmie tgh posing maut..bila la leh tgk lg posing die ni..

Lokasi:Chem Lab trsempoi.
Rindunya kt sume akak2 n abg2...waaa...memori terindah brsama sume!!!

Lokasi: Training Room pelik.
The last day kt AIN...ni sume muka kenyang lps mkn spageti..Thanks Dila...sedap shngga mnjilat jari huhu...Yg plg x puas ati bl tgk gmbr ni muka samel r...geram btl!!!posing brlagak!!!huh

------




Bila mata dibuka, hati kembali resah.
Resah trpaksa kembali lg pd kehidupan ini.
Tiap hari memendam rasa & duka,
Kapan semua akan berakhir...kapan.
Saban hari 'masa' itu ditunggu
Mengharap pengakhiran yg baik, kurniaan Tuhan Yg Maha Pengasih.
Masa dirasakan terlalu panjang,
wlpn 24 Jam masih tidak berubah wlpn sesaat.

Ya Allah
Kuatkan, teguhkan diri ini,
Ajari aku erti keredhaan,
Untuk menghadapi ujian ini,
Sehingga nyawaku diangkat.
Tiada pintaku yg lain

Wednesday, July 27, 2011

Forum: Puasa Penawar Jasmani & Rohani

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang

Masa : 27hb Julai 2011 (lepas Maghrib)
Venue: Masjid Ladang K.T

Malam ini malam yg agak meriah di Masjid Ladang, tak semeriah malam2 biasa. Hari ini masjid dipenuhi dgn pemuda-pemudi Islam harapan ummat akhir zaman ini. Kebiasaannya bagi muslimin, saf2 di masjid hanya penuh 2 line je, tak lebih & tak kurang..macam elok2 je diorang bajet ni. Bagi muslimat pula, safnya hanya terisi 1 line setengah. Dan golongan-golongan 'tetap' masjid ini pula tidak lain, sumenya yg berusia 50 thn ++. Remaja pun ada tp jarang2 sahaja dan kebiasaanya mereka ini hanya singgah utk solat skejap shaja.
Bak kata Ustaz disitu, walaupun setelah direnovate, dipasang air cond & bla..bla..bla, bilangan muslim yg mengimarahkan masjid ini masih tetap sama. Ini mengambarkan betapa 'diorang' ini tidak tertarik dengan keindahan & keselesaan utk beribadat semata...sekadar berpikiran positif. Kalau dr segi negatifnya, paham2 sendiri je lah.

Malam ini dek kerana berlangsungnya 1 forum, masjid ini penuh dgn tiba-tiba, walaupun tak penuh sgt pun. Pada pandangan pertama, macam agak terkejut dengan situasi ini. Biasanya, saya dapat je duk kt saf depan walaupun datang lambat, tetapi hari ini dlm sejarah, saya teralih ke saf yg kedua. Ingin dikongsikan sedikit ttg forum itu (walaupn tak berapa igt sgt ni..huhu). Terdapat 2 ahli panel bg forum tersebut; Ustaz Tarmizi & Dr. Salman bin Nuruddin. Kedua-dua ini adalah pensyarah di UNISZAR. Ustaz Tarmizi memulakan forum dengan sedikit pengisian ttg ibadat puasa itu sendiri termasuklah adab2 yg perlu dipatuhi ketika berpuasa, pantang larang etc. Sesuatu yg klise, yg sntiasa diperkatakan di bulan puasa adalah "ramai je umat Islam yg berpuasa tp ramai yg sekadar dapat lapar & dahaga". Namun, berapa ramai yg dapat menghayati & pelajari sesuatu dr kata-kata klise ini. Dengar kt telinga kanan, keluar balik kt tengkuk melalui tiub eustachio (huhu..ni terbukti melalui sains)

Panelis yg kedua pula lebih meyentuh ttg kebaikan berpuasa kepada kesihatan manusia. Dr. Salman berusaha utk menyampaiknnya dengan bahasa yg mudah & senang dihadam oleh semua golongan. Seperti yg kita semua tahu, ibu kepada segala penyakit adalah perut kita sendiri. Tapi sekadar tahu shaja tak cukup. Tahu itu mestilah diringi dgn paham & paham diiringi dgn amal. Puasa sebulan di bulan Ramadhan ibarat cuti rehat bg perut kita. Seharusnya kita menghargai effect cuti ini kepada perut sepanjang dan selepas menyambut ramadhan. Fasting therapy juga salah satu yg cukup menarik perhatian. Tapi dek kerana koya sebentar, maka sy pn terlepasla point2 penting. Makcik disebelah plak komplen panelis cakap laju, tak dapat tangkap sgt...huhuhu

Sekadar itu sahaja perkongsian sy malam ini (nk setelkan report plak). Semuga kita semua dapat belajar sesuatu ttg ini. Quote dr Imam Malik "aku tak mahu engkau menghormati aku, tp hormatlah apa yg aku sampaikan"

Semuga kita semua dapat melalui ramadhan ini sebaik mungkin InsyaAllah.

Allahumma Ballighna ramadhan...

Adios.

Saturday, July 16, 2011

Syair Cinta Rabiatul Adawiyah




Dalam kalbuku aku tetapkan diriMU sbg sahabat yg blh ku ajak berbincang
Ku berikan tubuhku kpd yg mengkehendakiku
Ku pandang tubuh ini utk berdampingan
Tetapi kasih kalbuku sahajalah yg bersahabat dgn kalbuku
Aku cinta kpdMU dgn 2 macam CINTA
CINTA RINDU kpdMU kerana ENGKAU layak diCINTA
Adapun CINTA RINDU itu,ku sibukkan diriku dgn sentiasa mengingatiMU,BUKAN selainMU
Adapun CINTA kerana ENGKAU layak diCINTAI
Kau singkapkan hijab hingga aku melihatMU
Namun tiada pujian dalam hal ini & itu
Segala puji hanyalah untukMU dalam ini & itu
Sungguh ganjil,engkau mengaku mencintai ALLAH
Tetapi...masih sahaja engkau menentangNYA..
Jika engkau memang mencintai ALLAH,lakukan kehendakNYA
Kerana mencintai seseorang...
bererti mengabulkan kehendaknya..

Saturday, July 2, 2011

Oh Matahariku...


Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang.

Hari ini terdetik hati saya utk berkongsi sedikit ttg karya Hilal Asyraf yg bertajuk 'Matahari' ini. Matahari digambarkan sbg suatu yg sangat prudent & wajib dalam kehidupan dunia ini. Simboliknya Matahari sbg penyinar kehidupan dunia disiang hari. Malamnya, dia ttp memberikan sesuatu wlpn dia tiada kelihatan. Bulan bercahaya tika malam dgn memantulkan cahaya mentari. Dengan itu, Bulan juga dipuji & dipuja. Maka, marilah kita menjadi seorang hamba yg hidupnya bermanfaat kpd sesuatu yg lain.

Jauhnya jarak Bulan & Matahari bukan kerana mereka bermusuhan & berantakan sprti kebanyakan manusia di akhir zaman ini. Jauh jarak mereka juga bukan kerana saja-saja. Akan tetapi jauhnya mereka tanda taatnya mereka pada perintah Yang Mencipta. Simbolik jarak bulan & matahari ini tepat pada batas perhubungan lelaki & perempuan. Andai bulan & matahari bisa taat, mengapa manusia ramai yg sebaliknya sedangkan anak adam diciptakan Allah istimewa.

Cahaya matahari penyuluh di dunia, kehadirannya perlu setiap detik & ketika. Namun, dirinya tidak sentiasa indah. Umpama cinta. Terik & peritnya perlukan kesabaran. Kuncinya hanya satu, REDA dgn setiap perjalanan yg telah disusun kerna pengetahuan-NYA mengatasi segala yg terhampar di langit, di bumi & di antara keduanya. Barulah cinta itu sentiasa mekar seiring dgn syariat-NYA.

Matahari...hebat bukan kerna dirinya tetapi kerna Penciptanya. Hebat matahari jua hanya sementara. Terjemahan surah Al-An'am, ayat 76-78:

Ketika malam telah menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Inilah Tuhanku" Tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: "Saya tidak suka kepada yang tenggelam".76

Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: "Inilah Tuhanku". Tetapi setelah bulan itu terbenam dia berkata: "Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat".77

Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar", maka tatkala matahari itu telah terbenam, dia berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.78

Semuga kita dapat menjadi seperti matahari, yang tiada jemu2 memancarkan cahayanya tnp sebarang rugut..matahari yg sentiasa ikhlas..Amien.

Friday, July 1, 2011

Kenali Orang Bodoh Sebenar



Maksud: TIDAK MENINGGALKAN SEDIKIT PUN DARI KEBODOHAN BAGI SESIAPA YANG BERKEHENDAK MENGADAKAN PADA SESUATU MASA SESUATU YANG LAIN DARIPADA APA YANG DIJADIKAN ALLAH S.W.T PADA MASA ITU.

Huraian:

Dalam perjalanan menuju Allah s.w.t ada sebahagian orang yang tertinggal di belakang walaupun mereka sudah melakukan amal yang sama seperti yang dilakukan oleh orang lain yang lebih maju. Satu halangan yang menyekat golongan yang tertinggal itu adalah kebodohannya yang tidak mahu tunduk kepada ketentuan Allah s.w.t. Dia masih dipermainkan oleh nafsu dan akal yang menghijab hatinya daripada melihat Allah s.w.t pada apa yang dilihat. Pandangannya hanya tertuju kepada alam benda dan perkara zahir sahaja. Dia melihat kepada keberkesanan hukum sebab-musabab dan meletakkan pergantungan kepada amalnya. Dia yakin yang dia boleh mendapatkan apa yang dia ingini melalui usahanya.

Keadaan orang yang disebutkan di atas telah disentuh pada Hikmat 1. Ketika rohani orang lain telah maju di dalam menuju Allah s.w.t dia masih juga berpusing-pusing di dalam kesamaran dan keraguan. Nafsunya tetap melahirkan keinginan-keinginan. Keinginan diri sendiri menjadi rantai yang mengikat kaki daripada berjalan menuju Allah s.w.t. Bagaimana boleh seseorang mendekati Allah s.w.t jika dia enggan menjadikan Allah s.w.t sebagai Pengurus semua aspek kehidupannya. Walau para hamba rela atau membantah, Allah s.w.t tetap melaksanakan ketentuan-Nya. Allah s.w.t melaksanakan kehendak-Nya pada setiap masa dan tidak ada sesiapa yang dapat menghalang-Nya.

Allah s.w.t sahaja yang mencipta, meletakkan hukum dan peraturan, membahagikan rezeki dan lain-lain. Dia menentukan urusan dengan bijaksana dan adil, termasuklah urusan mengenai diri kita dan apa yang terjadi pada kita. Kita memandang diri kita dan kejadian yang menimpa kita dalam sekop yang kecil. Allah s.w.t melihat kepada seluruh alam dan semua kejadian, tanpa keliru pandangan-Nya kepada diri kita dan kejadian yang menimpa kita, juga tidak beralih pandangan-Nya dari makhluk-Nya yang lain.

Urusan pentadbiran-Nya adalah menyeluruh dan sempurna. Orang yang tidak berbekas pada hatinya akan kesempurnaan Allah s.w.t itu adalah orang dungu. Dia masih juga merungut tentang perjalanan hukum takdir Ilahi, seolah-olah Tuhan harus tunduk kepada hukum makhluk-Nya. Bagi murid yang cenderung mengikuti latihan kerohanian perlulah berusaha untuk melenyapkan kehendak diri sendiri dan hidup dalam lakuan Allah s.w.t. Jangan sekali-kali bertelagah dengan takdir kerana Penentu Takdir tidak pernah berbincang dengan sesiapa pun dalam menentukan arus ketentuan-Nya.

Jika kita mahu mengenali Allah s.w.t kita tidak boleh melihat-Nya pada satu aspek sahaja. Jika kita melihat Allah al-Ghafur (Maha Pengampun), kita juga harus melihat Allah al-‘Aziz (Maha Keras). Jika kita melihat Allah al-Hayyu (Yang Menghidupkan) kita juga harus melihat Allah al-Mumit (Yang mematikan). Jika kita dapat melihat semua Sifat-sifat Allah s.w.t dalam satu kesatuan baharulah kita dapat mengenali-Nya dengan sebenar-benar kenal. Bila Allah s.w.t dikenali dalam semua aspek, hikmat kebijaksanaan-Nya dalam menentukan sesuatu perkara pada sesuatu masa tidak terlindung lagi dari pandangan mata hati.

Hati yang tidak mahu tunduk kepada Maha Pengatur tidak akan menemui kedamaian. Waktu, ruang dan kejadian akan membuatnya gelisah kerana nafsunya tidak dapat menguasai semua itu. Dia inginkan sesuatu perkara pada satu masa sedangkan Maha Pengatur inginkan perkara lain. Kehendak makhluk tidak dapat mengatasi kehendak Tuhan. Jika mahu hati menjadi tenteram usahakan agar hati sentiasa ingat kepada Allah s.w.t.

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah! Dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ayat 28 : Surah ar-Ra’d)

Berimanlah kepada Allah s.w.t dan beriman juga kepada takdir. Lepaskan waham sebab musabab yang menjadi pagar nafsu menutup hati.

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( Ayat 11 : Surah at-Taghaabun )

Sumber: Tafsir HIKAM

Muhasabah lah wahai diri...
Allahu'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...