Ya Tuhan...Berikanlah hamba seorang putera yang cukup kuat bagi mengakui kelemahannya, tabah dan bangga dalam kekalahan, jujur dan rendah hati dalam kemengan..
Berikanlah hamba seorang putera yang boleh mewujudkan cita-cita dan tidak hanya tenggelam dalam angan-angannya..
Seorang putera yang sedar bahawa mengenalmu dan mengenal diri sendiri adalah landasan segala ilmu pengetahuan
Ya Tuhan. Janganlah pimpin puteraku di jalan yang mudah dan lunak, tetapi bimbinglah dia ke jalan yang penuh rintangan dan godaan, kesulitan dan tentangan
Bimbinglah dia untuk tetap tegak dalam badai dan rasa kasih kepada mereka yang tidak berdaya. ajarlah dia untuk berhati tulus ikhlas dan bercita-cita tinggi, boleh memimpin diri sendiri sebelum mempunyai kesempatan memimpin orang lain
Berikanlah hamba seorang putera yang mengetahui erti tawa ceria tanpa melupakan makna tangis duka
Seorang putera yang boleh memandang jauh ke masa depan tetapi tanpa melupakan masa silam
Apabila semua menjadi miliknya, anugerahlah dia kejenakaan supaya dia dapat berusaha bersungguh-sungguh dan dapat pula menikmati hidupnya
Anugerahlah die kerendahan hati supaya selalu ingat bahawa keagungan sejati..sentiasa sederhana. Kearifan sebenarnya..senantiasa ikhlas dan kekuatan yang benar...senantiasa lembut
Akhirnya apabila semua terwujud, hamba sebagai yahnya memberanikan diri berbisik: "....HIDUPKU TAK SIA-SIA..."

Doa ini dipetik dari sebuah buku motivasi, Mencari Makna Hidup. Ia merupakan luahan hati seorang bapa, malahan setiap bapa-bapa di dunia ini yang menginginkan seorang anak yang bisa membuatkan dia bangga, agar setiap penat lelahnya selama ini tidak sia-sia. Seorang anak yang bisa membahagiakan bapanya di dunia mahupun di akhirat. Bukan akaun bank yang penuh dengan wang ringgit yang diharapkan, tetapi kasih sayang yang melimpah ruah dan perhatian yang tidak berbelah bagi dari anaknya yang waras. Oleh itu, hargailah bapa kita selagi ia masih ada disisi kita. Redha Allah itu terletak pada redha ibubapa kita.
No comments:
Post a Comment