“Adapun kebahagiaan ilmu, maka hal itu tidak dapat kamu rasakan kecuali dengan cara mengerahkan segenap kemampuan, keseriusan dalam belajar, dan niat yang benar"-Ibnu Qayyim.

Tuesday, June 15, 2010

orang dalam cermin...


Cermin..mnjadi igauan para manusia. Lelaki mahupun wanita, muda ataupun golongan veteran semua mendambakan cermin utuk menatap wajah-wajah indah kurniaan Ilahi. Wajah ditatap tanpa puas. Setiap kedut, jerawat, jeragat akan ditilik dengan penuh makna. Betapa cermin begitu bermakna. Namun, tahukah kita asal usul cermin yang selalu kita tatap hampir setiap masa itu? Yang selalu kita bawa kemana-mana sahaja persis bayang-bayang sendiri?
Tahukah kita cermin itu adalah satu penemuan ISLAM yang patut kita banggakan?

Cermin kaca berlapis logam diciptakan di Sidon (kini Lebanon) pada abad pertama Masihi menurut seorang pengarang Romawi, Pliny dalam bukunya Natural History, yang dikarang sekitar tahun 77 Masihi. Selain itu, Cermin parabola pantul pertama kali dideskripsikan oleh fisikawan dari Arab bernama Ibn Sahl pada abad 10. Ibn al-Haytham mendiskusikan cermin cembung dan cekung dalam geometri bola dan tabung, melakukan beberapa percobaan dengan cermin, dan menyelesaikan permasalahan menemukan titik di sebuah cermin cembung dimana sinar yang datang dari satu titik dipantulkan ke titik yang lain. pada abad 11, cermin kaca yang jernih diproduksi di Al-Andalus. Kemudian, pada awal abad Renaisans, barulah orang-orang Eropah mula campur tangan dalam menyempurnakan metod melapisi kaca dengan amalgam timah-raksa dan seterusnya.


Terkejut bukan?Betapa kehebatan Islam itu terpantul pada setiap cermin yang kita tatap. Lantas, kita patut sentiasa bersyukur dengan nikmat cermin itu dengan membaca doa setiap kali mengadap cermin itu:




Namun begitu, sedarkah kita apakah yang sebenarnya terpapar dalam cermin itu? Saya quote kata-kata seorang hamba Allah ini (Penamerah) "Cermin bercerita tentang kebenaran tapi hakikatnya cermin menipu kita setiap hari. Cermin akan menunjukkan sesuatu yang terbalik, mata kanan akan menjadi mata kiri bila melihat kepada cermin..." Besar penegrtian dan makna disebalik kata-kata yang ringkas ini. Benarkah cermin itu seperti kaum yahudi dan nasrani yang selalu memutarbelitkan fakta? Tepuk dada tanyalah iman. Orang yang selalu bercermin diri adalah orang yang sentiasa berani untuk melihat keadaan dirinya. Bukan sekadar wajah luaran tetapi wajah dalaman jua. Dosa-dosa, kesilapan dan kealpaan diri sentiasa dihisab sebelum bertemu denganNYA kelak.

Daripada Umar bin al-Khattab, berkata: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini”.

Ibnu Kathir berkata dalam menafsirkan ayat di atas: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dan perhatikan amalan soleh yang kamu simpan untuk dirimu pada hari yang dijanjikan dan ketika kamu dihadapkan di hadapan Tuhan kamu”


Jangan jadikan apa yang terzahir nampak dicermin itu berbeda dengan apa yang tersembunyi. Jangan tertipu dengan topeng kita sendiri.

Firman Allah Taala: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”. (Surah al-Hasyr:18).

Kisah cermin ini diakhiri dengan sebuah puisi karya Dale Winbrow yang diceduk dari buku motivasi 'Mencari makna Hidup' karya Parlindungan Marpaung.

Orang dalam Cermin

sekiranya anda berjuang dan mendapatkan apa yang anda mahu
dan dunia menjadikan anda raja sehari
pergilah ke cermin dan tataplah dirimu.
Dengarkanlah apa yang dikatakan oleh orang dalam cermin itu.
Ia bukan bapa, ibu ataupun isterimu
yang selalu berpihak kepadamu
orang yang sangat berpengaruh terhadap dirimu
adalah orang yang menatapmu dari dalam cermin itu.
Ia adalah orang yang harus anda layani
kerana ia dan andalah yang akan menempuhi segalanya sampai akhir.
Dan anda berjaya melalui ujian terberat dan paling bahaya
sekiranya anda dan orang dalam cermin tersebut berjaya menjadi kawan.
Anda boleh sahaja menipu seluruh dunia
serta membuat semua orang bertepuk tangan.
Namun, yang anda dapatkan hanyalah sakit hati dan air mata,
sekiranya anda menipu orang didalam cermin itu!

Cermin diri, Cermin hati & Cermin iman....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...