“Adapun kebahagiaan ilmu, maka hal itu tidak dapat kamu rasakan kecuali dengan cara mengerahkan segenap kemampuan, keseriusan dalam belajar, dan niat yang benar"-Ibnu Qayyim.

Wednesday, October 19, 2011

Nasihat...

Bait-bait nasihat dr seorang yg sgt dihormati...Semuga Allah sentiasa merahmati & meredhai Pakcik sekeluarga...Terima kasih Pakcik!!

Anak, Allah tidak bebankan sesuatu yang kita tidak akan mampu memikulnya.
Anak, apa juga yang Allah takdirkan untk kita, maka itulah sebenarnya yang tebaik untuk kita.
Allah menguji kita kerana Dia sayang kita, supaya dengan ujian itu kita berpaut erat padaNYA.
Sengaja kadang-kadang Allah uji kita dgn ujian yang datang dari kalangan keluarga kita, supaya kita tahu dan sedar bahawa mereka yang selama ini kita rasa (hanya mereka) akan membantu/menyokong kita - hakikatnya hanya Allah yang membantu/menyokong kita.
Anak, setiap sesuatu yang menyulitkan/menyakitkan seorang mukmin/ah itu, jika diiringi dengan sabar maka baginya pahala dan kebajikan yang banyak serta pengampunan dosa dan penganugerahan darjat yang tinggi disisiNYA.
Anak, apa kata kita lihat sesuatu yang negatif itu pada sisi yang positif. Orang KERDIL melihat yang negatif itu sebagai masalah/halangan, tapi orang HEBAT melihat yang negatif itu adalah peluang.
Teguh dengan kritikan, senantiasa berlapang dada, usah berganjak dari kebenaran, jadilah diri anak sebenarnya, anak akhirnya akan terpandang......masa yang akan menentukan

p/s: moga sume beroleh manfaatnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...