“Adapun kebahagiaan ilmu, maka hal itu tidak dapat kamu rasakan kecuali dengan cara mengerahkan segenap kemampuan, keseriusan dalam belajar, dan niat yang benar"-Ibnu Qayyim.

Thursday, August 18, 2011

Daily log: Menjadi Tetamu ALLAH.............Part 2



Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang.

Part 2: Kembara di bumi Madinah


Perjalanan menuju ke Madinah mengambil masa 5-6 jam dari Jeddah...Ya Allah..tiada kata-kata yg dapat digambarkan. Sepanjang perjalanan, hanya bukit-bukit batu yg menghiasi permandangan di kiri & kanan. Kalau di Malaysia, kita dapat jgk tengok kehijauan tersergam indah. Pokok2 yang menyejukkan pandangan mata. Tapi di sini hanya bukit-bukau kering, nk jumpa pokok sebatang pn teramatlah susah. Jadi bersyukurlah
wahai rakyat2 Malaysia. Sepanjang perjalanan 2, tiba-tiba hati kecil ni terdetik, "Penatlah...td naik flight 8 jam..ni naik bas hampir 6 jam..waaa...macam nk tercabut semua sendi ni". Tapi bila muhasabah balik, Nabi Muhammad & Saidina Abu Bakar mesti lg penat kn. Bagin
da berhijrah dari Makkah ke Madinah dulu jalan kaki shaja. Mana ada bas yg sangat selesa ni, siap ada air-cond segala. Baginda kena merentasi bukit-bukau yg berbatu untuk sampai ke madinah...perjalanan yg lagi jauh & mencabar kot demi nk sebarkan dakwah ISLAM ke kota Madinah 2. Masyaallah...hebatnya perjuangan rasul junjungan kita ini, sanggup menggadai seluruh jiwa raga demi menegakkan kalimah tauhid 'la ilaha illa Allah'. Kita bagaimana???Baru kena buat kerja dakwah sikit dah bising2...tak nak cakap pasal orang lain, saya nk tujukan pada diri saya sahaja.


Berbalik kepada bumi Madinah al-Munawwarah ini. Ada hadis Baginda (riwayat
Muslim)mengatakan bahawa:

" Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah, aku akan memberi syafaat kepadanya di Hari Kiamat atau aku menjadi saksi kepadanya. "

Sebelum sampai ke bumi Madinah, mmg tak tertangkap apa yg Baginda nk maksudkan dalam hadis di atas. Tapi bila dah sampai barulah terasa apa maksud kesusahan & kepayahan itu. Terlebih dahulu, bumi Madinah kini sgt pesat membangun. Banyak bangunan2 tinggi menghiasi permandangan di bumi Madinah ini. Disini Kami semua menginap di Hotel
Aeman Taibah. Usai check in ke bilik masing2, kami diberi masa hanya 1 jam untuk bersiap-siap sebelum meneruskan trip pertama ke Masjid Nabawi.



Figure: Masjid Nabawi

Gambar di atas memberi sedikit gambaran tentang rupa bentuk masjid Nabawi ini. Tapi ni gambar lama. Masjid NAbawi sekarang sudah jauh berubah, semakin luas, semakin canggih...orang islam yg berkunjung ke masjid ini plak tak putus2. Kalau dapat dilihat pada gambar diatas, kubah yg berwarna hijau itu adalah kubah asal masjid ini. Kini, dibawah kubah itu bersemadi junjungan besar nabi kita, Muhammad sollallahu alaihi wasalam beserta 2 orang sahabat baginda, yakni saidina Umar al-khatab & saidina Abu Bakar As-Siddiq radiallahuanhu. Setibanya kami di luar kubah hijau itu, sambil dipimpin oleh ketua rombongan (Cikgu Li), kami sama-sama menyampaikan salam kpd Rasulullah & membaca sedikit doa...fuhh...perasaan masa tu tak dapat di gambar. Bayangkan, depan kita ada makam Nabi (walaupun tak boleh tengok direct). Seolah-olah kita tengah berdepan dpn jasad habib Allah, nabi yg paling kita kasih ni (haa..nk apa lagi)...Allahumma solli ala saidina Muhammad wa ala aalihi wasallim.

Bersebelahan dgn masjid ini terletak perkuburan baqi'. Baqi' adalah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah & sesiapa sahaja yg meninggal dunia disini (jemaah haji @ umrah). Imam Malik meriwayatkan bahawa kira-kira 10 ribu sahabat yang meninggal dunia dikebumikan di Baqi’ ini. Di antara mereka termasuklah keluarga Rasulullah SAW seperti Fatimah binti Rasulullah, Hasan bin Ali, Abbas bin Abdul Muttalib, Jaafar as-Sodiq, Ruqayyah binti Rasulullah, Ummu Kalthum binti Rasulullah, Zainab binti Rasulullah dan Ibrahim bin Rasulullah SAW. Tapi kami tak ziarah ke perkuburan Baqi', hanya menyampaikan salam dari jauh je....lagipun perempuan tak boleh masuk kt sini. Selepas selesai semua tu, kami pun segera beriktikaf dalam masjid Nabawi....wah...first time masuk, mmg tak tergambar kata-kata. Sebelum masuk, ada pemeriksaan ketat dijalankan pada barang2 kami semua. Diorang tak bagi bawak masuk barang-barang mcm handset....hmm..tp ramai je yg berjaya seludup..tak de maknanya.

Hari itu mungkin hari yg paling lama kami semua beriktikaf di masjid. Dari pukul 10 pagi sampai asar...fuh...macam tak percaya. Lepas zohor, kami berpeluang menziarahi Raudhah, salah satu tempat doa mustajab. Bak kata satu hadis nabi, " Diantara mimbarku dgn rumahku terdapat taman syurga (Raudhah)." Nak cakap, semua orang pun sgt rakus nk pergi kt kawasan Raudhah ni, sampai dh tak jaga adab2 dalam masjid & paling menyedihkan adab depan Nabi. Kalau kita siap tolak-tolak orang, buat sakit hati orang, pintas giliran orang, tak hormat orang semata-mata nak pergi doa kt Raudhah tu....apa agak2nya status doa kita..Allahu'lam...Allah je yang dapat tafsir hati manusia ni. Ye la, kalau nk cerita pasal doa ni, macam Allah dah sebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 186:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (QS Al Baqarah [2]:186 )

Maknanya tempat itu tak membataskan seseorang itu untuk berdoa. Mustajab @ tak, itu perkara kedua. Asalkan kita memang ikhlas & jaga adab2 sebelum nk berdoa pada Allah yg Maha Pemurah. (Demam tak baik2 lagi, jadi tak brapa larat nk sambung lagi...jumpa di lain hari)

To be continued...
Iftor bersama sek2 arab di Madinah

4 comments:

  1. Alhamdullillah impian setiap umat untuk berkunjung, moga saya juga berpeluang ke sana satu hari nanti..

    ReplyDelete
  2. su, nice sharing! nak g sne lg!!!huhuh rindu3T.T

    ReplyDelete
  3. seronotnye su.. cpt2 sambung cite, nk bace lg huhu..
    semoga cepat sembuh dpd demam ye. =)

    ReplyDelete
  4. @aRoL : amien..smuga Allah makbulkan impian cik hazrul ni

    @wani:hehehe...mst rindu op..

    @aQel:hehe...tq qilah...^_^..

    tq sume sbb sudi bca coretan x sberapa ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...