“Adapun kebahagiaan ilmu, maka hal itu tidak dapat kamu rasakan kecuali dengan cara mengerahkan segenap kemampuan, keseriusan dalam belajar, dan niat yang benar"-Ibnu Qayyim.

Wednesday, July 27, 2011

Forum: Puasa Penawar Jasmani & Rohani

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang

Masa : 27hb Julai 2011 (lepas Maghrib)
Venue: Masjid Ladang K.T

Malam ini malam yg agak meriah di Masjid Ladang, tak semeriah malam2 biasa. Hari ini masjid dipenuhi dgn pemuda-pemudi Islam harapan ummat akhir zaman ini. Kebiasaannya bagi muslimin, saf2 di masjid hanya penuh 2 line je, tak lebih & tak kurang..macam elok2 je diorang bajet ni. Bagi muslimat pula, safnya hanya terisi 1 line setengah. Dan golongan-golongan 'tetap' masjid ini pula tidak lain, sumenya yg berusia 50 thn ++. Remaja pun ada tp jarang2 sahaja dan kebiasaanya mereka ini hanya singgah utk solat skejap shaja.
Bak kata Ustaz disitu, walaupun setelah direnovate, dipasang air cond & bla..bla..bla, bilangan muslim yg mengimarahkan masjid ini masih tetap sama. Ini mengambarkan betapa 'diorang' ini tidak tertarik dengan keindahan & keselesaan utk beribadat semata...sekadar berpikiran positif. Kalau dr segi negatifnya, paham2 sendiri je lah.

Malam ini dek kerana berlangsungnya 1 forum, masjid ini penuh dgn tiba-tiba, walaupun tak penuh sgt pun. Pada pandangan pertama, macam agak terkejut dengan situasi ini. Biasanya, saya dapat je duk kt saf depan walaupun datang lambat, tetapi hari ini dlm sejarah, saya teralih ke saf yg kedua. Ingin dikongsikan sedikit ttg forum itu (walaupn tak berapa igt sgt ni..huhu). Terdapat 2 ahli panel bg forum tersebut; Ustaz Tarmizi & Dr. Salman bin Nuruddin. Kedua-dua ini adalah pensyarah di UNISZAR. Ustaz Tarmizi memulakan forum dengan sedikit pengisian ttg ibadat puasa itu sendiri termasuklah adab2 yg perlu dipatuhi ketika berpuasa, pantang larang etc. Sesuatu yg klise, yg sntiasa diperkatakan di bulan puasa adalah "ramai je umat Islam yg berpuasa tp ramai yg sekadar dapat lapar & dahaga". Namun, berapa ramai yg dapat menghayati & pelajari sesuatu dr kata-kata klise ini. Dengar kt telinga kanan, keluar balik kt tengkuk melalui tiub eustachio (huhu..ni terbukti melalui sains)

Panelis yg kedua pula lebih meyentuh ttg kebaikan berpuasa kepada kesihatan manusia. Dr. Salman berusaha utk menyampaiknnya dengan bahasa yg mudah & senang dihadam oleh semua golongan. Seperti yg kita semua tahu, ibu kepada segala penyakit adalah perut kita sendiri. Tapi sekadar tahu shaja tak cukup. Tahu itu mestilah diringi dgn paham & paham diiringi dgn amal. Puasa sebulan di bulan Ramadhan ibarat cuti rehat bg perut kita. Seharusnya kita menghargai effect cuti ini kepada perut sepanjang dan selepas menyambut ramadhan. Fasting therapy juga salah satu yg cukup menarik perhatian. Tapi dek kerana koya sebentar, maka sy pn terlepasla point2 penting. Makcik disebelah plak komplen panelis cakap laju, tak dapat tangkap sgt...huhuhu

Sekadar itu sahaja perkongsian sy malam ini (nk setelkan report plak). Semuga kita semua dapat belajar sesuatu ttg ini. Quote dr Imam Malik "aku tak mahu engkau menghormati aku, tp hormatlah apa yg aku sampaikan"

Semuga kita semua dapat melalui ramadhan ini sebaik mungkin InsyaAllah.

Allahumma Ballighna ramadhan...

Adios.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...