Dengan Nama ALLAH y Maha Pemurah lg Maha Penyayang.
Hari ini hari Jumaat, salah satu Jumaat yg sgt bermakna buat diri ini. Hari Jumaat yg penuh dengan erti & pengajaran. Dek kerana itu jugalah, tergerak hati untuk menekan papan keyboard yg telah lama ditinggalkan sejak hari-hariku disibukkan dengan alam pekerjaan di Ain Medicare Sdn Bhd. Telah sempurna 4 minggu berkampung di Ain, elaun rm80 pn telah diambil dari account deparment rabu yg lalu...walaupun tak banyak (rm80 sebulan isk3 nk mkn pe..) tapi bersyukur kepada Tuhan atas segala kurniaan dan ehsanNya kepada diri yang sgt hina dina ini.
Tema hari ini adalah berkisar ttg praktikal & sabar. Hari khamis, 2 Jun 2011 merupakan hari yg x akan dilupakan dalam diari hidupku. Terlalu byk kisah sedih yg menimpa. Bangun pagi je, semangat diri ini sudah tiada. Bagaimana nk hadapi keseluruhan 24 jam dalam hari itu jika paginya sahaja sudah 'ngok nge (Ayat Mala, bdk UITM teman seperjuangan di Ain). Hari itu juga merupakan hari ke 4 projek ku di Ain. Bila sebut je pasal projek 2, terasa angin satu badan. Tapi bak kata samel (bdk UIA, teman seperjuangan plg TUA di Ain)'hendak seribu daya, x hendak seribu dalih'. Jadi ku teruskan jua projek amanah supervisorku, En. Zainul wlpn hatiku x dpt menerima kenyataan. Projek itu " Study of Moisture Content of Raw Materials" adalah kesinambungan projek yg telah disiapkan oleh senior trdahulu di Ain. Aku hanya meneruskan projek itu dengan raw materials yg masih belum disempurnakan; Fluconazole, glycine, disodium edetate, sodium bicarb & glacial acetic acid. Projek ini memang agak interesting kerana ia mengkaji ttg effect moisture ke atas potency raw material yg kte guna. Mungkin kesan jangka pendeknya tiada, tp kesan jangka pnjgny???? Allah sahaja yg Tahu. Sebuah kilang ubat harus menjaga kualiti produk yg dihasilkan kerana consumernya adalah makhluk yg bernyawa. Jadi setiap aspek perlu sentiasa diselidik walau sesukar mne pn ia.
Jadi, ku teruskan jua projek itu. Ulang alik dari cleanroom BFS 2 (Blow Fill Seal) ke chem lab dan dari corridor ke chem lab, 3 kali sehari. Setelah selesai, masa untuk mengira moisture content pula. Ada 2 cara yg digunakan; loss on drying (LOD)& Karl Fisher Titration. Namun, buat masa sekarag hanya LOD yg dpt dibuat kerana chemical reagents untuk Karl Fisher masih belum sampai (sapa suh order lewat sgt..isk3). Namun, ku harap panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Penat-penat tunggu 3 jam sample itu dipanaskan, tiba-tiba ada orang buang sebelum aku timbang..waa..kecewa x trkata. Apa dosa aku..T_T.
Bak kata hafiz (bdk UIA,teman seperjuangan plg garang), 'Sulehah memang lembik!!!lemah!". Memang x dapat dinafikan, itulah sulehah. Jadi petang itu, dek kerana hati sudah hancur, aku membawa diri ke production ofis, buang masa disana. Nk sambung kerja di chem lab pn adalah mustahil kerana ISO tengah meng'audit' disitu. Keadaan di ofis agak permai kerana 'bos2' ramai yg cuti. Jadi, aku menemani kwn2 (Mala, Sha, Is, Yus, Jemi n Helmi) smbil melihat Samel bercakap x henti2 dengan teman2 seperjuangan wanitanya (gelenyar la samel ni!!!).
To be continued..
No comments:
Post a Comment