“Adapun kebahagiaan ilmu, maka hal itu tidak dapat kamu rasakan kecuali dengan cara mengerahkan segenap kemampuan, keseriusan dalam belajar, dan niat yang benar"-Ibnu Qayyim.

Thursday, December 16, 2010

ENGKAU cinta Agung

Aku tahu Engkau TUHANku

Adalah cinta agung..

Aku pun mahu.. menyintaiMU..

Aku tahu mencintaiMU amat perlu..

Ia kemuncak daripada segala kebahagian..

Aku berusaha kearah itu..

tapi cintaku padaMU TUHAN selalu terganggu..

oh banyak yang datang mengganggu..

Nafsuku, dan syaitan terkutuk..

Dunia mempesona menggamit selalu..

di waktu itu lupa ku padaMU..

Cintaku jauh sekali..

Sekali sekala datang juga..

Walaupun sedikit terasa indahnya..

kemudian lupa lagi..

Adakalanya lupa ku padaMU..

Berpanjangan sekali...

Kemudian sekali sekala sedar kembali..

Engkau Cinta Agung..

Engkau patut dicintai..

Selepas itu ku lupa lagi..

Begitu cintaku kepadaMU TUHAN..

dengan kelalaian silih berganti..

oh TUHAN..

Dengan Hati yang sedih ini..

Tolonglah aku dengan rahmatMU..

Bantulah aku mencintaiMU..

Agar cinta yang palsu..

Terkubur sendiri..

itulah harapanku padaMU.. "

1 comment:

  1. SALAM..
    alhamdulillah..
    semoga ketemu
    cinta sejati
    yang abadi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...