“Adapun kebahagiaan ilmu, maka hal itu tidak dapat kamu rasakan kecuali dengan cara mengerahkan segenap kemampuan, keseriusan dalam belajar, dan niat yang benar"-Ibnu Qayyim.
Friday, September 3, 2010
ISTIKHARAH??
Didedikasikan buat temanku wani (rizwani binti rani)...
Dengan ucapan: Wani sy mmg dop arif bab2 istikharah ni..tp mungkin awak bleh try baca buku "Istikharah ala Rasulullah" ni. InsyaAllah dapat merungkai segala persoalan awak deh..^___^
Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya. (Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)
Dalam hadis yang lain, tidak akan menyesal orang yang beristikharah Sabda Nabi “Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat” (HR.Thabrani).
Solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang, hati yang memerlukan bimbingan, maka solatlah, ianya punca kedamaian dan ketenangan.
Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar (153) (Sapi Betina -Albaqarah
sumber:
http://www.wangcyber.com/forum/archive/t-31610.html
http://umaralfateh.wordpress.com/2009/07/08/solat-istikharah-membuka-ketenangan-dan-kedamaian-hati/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment