“Adapun kebahagiaan ilmu, maka hal itu tidak dapat kamu rasakan kecuali dengan cara mengerahkan segenap kemampuan, keseriusan dalam belajar, dan niat yang benar"-Ibnu Qayyim.

Monday, August 23, 2010

Ya Allah..berilah ku kekuatan..


Hari ini tanggal 13 ramadhan…maknanya dah hampir separuh bulan kita diberi kekuatan oleh Allah ta’la untuk menjalani bulan yang mulia ini…Alhamdulillah ala kulli hal. Semuga hidup kita sentiasa diberkatiNya.

Kita selalu dengar pepatah ni, ‘rambut sama hitam tapi hati lain-lain’. Walaupun sekarang ramai je rambut yang tak hitam (selain uban), tapi hati manusia tetap lain. Sukar kita nak cari hati manusia yang sama dan sepesen..kembar mungkin. Tapi tak semua yang dilahirkan mempunyai kembar. Dan hati yang berbeda-beda ni pun sangat sukar untuk dipuaskan. Orang ni suka yang ni tapi orang tu pulak suka yang lain…Fuhhh…betapa penatnya nak puaskan hati semua orang didunia ini.

Setakat tu je pasal ni..main point disini, betapa susahnya nk puaskan hati orang..tapi hati sendiri? Sanggupkah kita korbankan hati dan keinginan kita untuk saudara-saudara kita yang lain? Jawapannya senang je…Quote daripada hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi..." حب لأخيكَ ما تحِبُّ لنفسكَ " yang bermaksud: sayangilah saudara kamu seperti mana kamu sayangi diri kamu sendiri..allauhumma salli wasallim alaik...

Setakat mahu berkongsi, semester ni adalah semester yang paling penat diantara semua semester kt UIA ni. Tahniahlah semester 5 sebab anda telah berjaya membikin saya hampir kurang waras dan tunggang terbalik…tapi yang ajaibnya,penat bukan sebab study ataupun bende2 yang berkaitan dengan study…tapi penat sebab benda lain..Aduh…Ya Allah bantulah hambamu ini..Ya Allah..aku dah tak mampu nak mengharungi pelbagai tugas2 dan komitmen yang segala macam ini. Dan Allah mungkin akan berkata, hati hambanya memang selalu tak pernah puas dan bersyukur kan? Astarfirullah…betul tu..hati manusia memang tak akan pernah puas, terutamanya hati sendiri….:(….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...