“Adapun kebahagiaan ilmu, maka hal itu tidak dapat kamu rasakan kecuali dengan cara mengerahkan segenap kemampuan, keseriusan dalam belajar, dan niat yang benar"-Ibnu Qayyim.

Monday, November 15, 2010

Surat Khabar Lama: 'lelaki paling bijak' tolak rezeki??


Selama ni pasti ada terlintas dalam fikiran siapa sebenarnya individu paling bijak di dunia. Jawapannya mungkin sudah terjawab semalam. daripada keseluruhan 6,810,400,000 populasi seluruh penduduk dunia yang dikemaskini oleh United States Census Bureau pada 24 March 2010, seorang profesor matematik dari Rusia, Dr Grigory Perelman telah terpilih sebagai lelaki paling bijak di dunia. Sebab utama pengiktirafan itu adalah disebabkan kejayaan beliau menyelesaikan masalah geometri paling sukar sejak 100 tahun lalu.

Dr Grigory Perelman Bijak Kah Lelaki Paling Bijak Di Dunia Menolak Hadiah USD1 Juta?Dr Grigory Perelman yang berusia 44 tahun berjaya menyelesaikan masalah geometri sukar yang dinamakan Poincar Conjecture. Macamana rupa soalan tu saya pun tak boleh nak bayangkan, 100 tahun bukan tempoh yang sekejap. 100 tahun dulu negara ni pun masih belum merdeka dan mak bapak saya pun belum dok ada lagi.

Kalau rasa nak cuba jawab soalan tu boleh tengok kat SINI.

Siapa pulak yang mereka atau mencipta soalan tu dan siapa pulak yang boleh mengesahkan soalan tu di jawab dengan tepat? ..bijak tak soalan tu ?

Dan yang menjadikan berita ni agak menarik adalah kerana Dr Grigory Perelman menolak untuk menerima hadiah yang ditawarkan sebanyak USD1 juta ataupun RM3.8 juta kerana kejayaannya itu. Memang hebat, laporan mengenai perkara ni seperti yang di siarkan oleh Berita Harian online:

ST PETERSBURG – Walaupun memenangi hadiah wang sebanyak AS$1 juta (RM3.3 juta) kerana menyelesaikan masalah matematik paling sukar sejak 100 tahun lalu, hadiah itu ditolak bulat-bulat oleh pakar matematik Rusia, Dr Grigory Perelman.

Bukan sahaja hadiah, lelaki berkenaan turut menolak gelaran manusia paling bijak di dunia yang diberikan kepadanya. “Saya tidak memerlukan hadiah. Apa yang saya miliki sudah mencukupi,” kata Perelman berhubung tawaran oleh Institut Matematik Clay di Cambridge, Negeri Massachusetts iaitu sebuah institut berprestij dari Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.

Dia yang berusia 44 tahun, diberikan hadiah itu kerana berjaya menyelesaikan masalah geometri sukar yang dinamakan Poincar conjecture. Empat tahun lalu, setelah dia menghantar jawapan bagi masalah matematik itu di Internet, Perelman tidak hadir untuk menerima anugerah penghargaan daripada Kesatuan Matematik Antarabangsa (IMU) di Madrid.

Pakar matematik itu yang tidak lagi bekerja dengan institut Steklov kini tinggal berseorangan di sebuah flat kecil di sini yang kotor dan dipenuhi lipas.

Saya percaya semua orang ada response masing-masing bila membaca atau mendapat sesuatu berita. Saya suka respond kepada artikel tersebut mengikut kaedah ini:

First Reaction:

Hebat, memang hebat dia ni, soalan geometri yang tak de orang mampu jawab selama 100 tahun dia boleh selesaikan….berapa tahap IQ dia ni ya? dan lagi hebat pasal dia tak nak terima hadiah bernilai USD1 juta tu, kalau convert ke Rubles Russia dah jadi 29,672,489.70.

Second Reaction:

Kenapa dia tak nak terima hadiah tu? kalau saya bukan setakat 1 juta, 1000 USD pun dah cukup bagus orang nak bagi percuma. Dan profesor ni mesti seorang ang pelik dan unik, taktala semua orang semua orang mengaku bijak dan pandai dalam semua bidang, dan dalam sesetengah kes ramai individu melenting dan marah-marah kalau dikatakan tidak bijak, dia ni rilek je tak hairan dengan pengiktirafan tu….

Third Reaction:

Orang yang paling bijak didunia diiktiraf bila dapat selesaikan satu masalah geometri, orang paling kaya di dunia Carlos Slim Helu pun boleh dianggap bijak kerana berjaya kumpul kekayaan sedemikian banyak dengan menggunakan pelbagai taktik dan strategi. Jadinya siapa sebenarnya paling bijak?

The After thought:

Mungkinkah hadiah bernilai USD1 juta tu tidak cukup nilainya dengan hasil kejayaan menyelesaikan masalah geometri yang berusia 100 tahun? bukan sekejap tu. Yang tukang anjur hadiah tu pun tak hidup lagi. Tak kan nilai kebijakan tersebut hanya USD1 juta? sedangkan ada lagi jumlah hadiah dan pengiktirafan yang lebih tinggi nilainya.

Maknanya kalau dia terima hadiah tu nilai kebijakan dia hanya USD1 juta sahaja, sedangkan nilai kebijakan tidak ternilai harganya..

Jadinya assumption saya memang Dr Grigory Perelman seorang yang bijak mengikut pertimbangannya sendiri bila memutuskan tidak mahu menerima hadiah tersebut.

moral: sekadar berkongsi pelbagai ragam manusia huhu...

sumber: http://myjazmanie.com/2010/bijak-kah-lelaki-paling-bijak-di-dunia-menolak-hadiah-usd1-juta/

Thursday, November 4, 2010

Ibrahim Adham: Pemimpin yang menjadi hamba





Suatu hari Ibrahim Bin Adham ingin membuang air kecil,lalu dia pun pergi ke tandas awam.Apabila dia ingin masuk ke dalam,seraya seorang lelaki menegurnya, “wahai orang tua,bayarlah dulu sebelum masuk.”Mendengarkan sapaan lelaki itu,air mata Ibrahim Bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.Lelaki tadi terkejut dan berkata, “wahai orang tua,andaikata kamu tiada wang untuk dibayar,masuklah secara percuma.Janganlah menangis kerana ini.”Ibrahim bin Adham menjawab, “wahai pemuda,aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki,bagaimana pula dengan syurga Allah.Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya…”

Nama lengkapnya adalah Abu Ishaq Ibrahim bin Adham.Dia terkenal dengan panggilan Abu Ishaq.Dia dilahirkan di balkh dari keluarga bangsawan Arab dan ayahnya adalah seorang raja Khurasan. Apabila ayahnya meninggal dunia,tugas kepimpinan Khurasan diambil alih olehnya.Dia memiliki istana yang tersangat besar dan hidupnya dipenuhi dengan kemewahan.Namun,Allah lebih menyayanginya,Allah inginkan dia dengan Allah sahaja,maka daripada seorang khalifah,Ibrahim menjadi seorang hamba.Lalu dia pergi mengembara ke arah barat untuk menjalani hidupnya sebagai seorang hamba kepada Tuhannya.


Hatinya diketuk

Ibrahim mewarisi sifat ayahnya yang suka berburu.Suatu hari dia menunggang kudanya dan pergi ke dalam hutan untuk memburu burung. Dibawanya bersama sebuku roti sebagai bekalan makanan.Tengah dia asyik memburu seekor burung,seekor gagak menyambar rotinya.Dia cuba memanah gagak itu tetapi gagal.Kerana perasaan marahnya kepada gagak itu, dia memacu kudanya ke arah gagak itu sehingga sampai di lereng bukit.

Alangkah terkejutnya dia apabila dia mendapati terdapat seorang lelaki yang diikat pada sebatang pokok.

“Sudah berapa lama kamu diikat?”Tanya Ibrahim.

“7 hari lamanya,”jawab lelaki terbabit.

“Pantas,apa yang kamu makan sehingga mampu hidup sekian lama?”Soalnya lagi.

“Tiap-tiap hari,Allah memberiku rezeki melalui binatang-binatangnya. Hari ini Allah menggunakan burung untuk menghantar sebuku roti kepadaku,” jawab lelaki itu.

Dia terfikir,jika binatangpun mampu membantu manusia,bagaimana pula dengan manusia?Bukankah manusia mampu membantu sesama manusia?

+++++++++++++++

Sedang dia lena di atas tilamnya yang empuk,dia bermimpi yang terdengar bunyi pergerakan di atas loteng istananya.Dia terfikir bahawa masakan ada pergerakan di atas loteng istana yang begitu tinggi.Disebabkan perasaan ingin tahu yang tinggi,dia pun panjat ke loteng dan dia dapati ada seorang lelaki sedang bergerak ke hulu hilir seakan-akan sedang mencari sesuatu. Dia menegur lelaki tersebut.

“Wahai lelaki,aku seakan-akan melihat engkau mencari sesuatu,apakah yang engkau tengah cari?”Tanya Ibrahim.

“Aku sedang mencari unta aku yang hilang,”jawab lelaki tersebut.

“Gilakah engkau,mencari unta di tempat setinggi ini!”Marah Ibrahim yang merasakan dirinya dipermainkan.

“Gilanya aku mencari unta ku samalah seperti gilanya engkau mencari Tuhan mu dalam kemewahan!”Balas lelaki tersebut.

Tiba-tiba,dia pun terjaga dari tidurnya.Lantas merenung cerita di sebalik mimpinya.

++++++++++++++++

Suatu hari,tengah dia duduk di atas singgahsananya,datang seorang lelaki tua. Lelaki tua itu menjerit, “milik siapakah rumah tumpangan ini?!” Mendengar kata-kata yang biadap itu,lantas Ibrahim pun naik marah.

“Wahai orang tua!Berani kamu katakan istanaku yang dilimpahi dengan kemewahan ini sebagai rumah tumpangan!Sungguh biadap kamu!”Marah Ibrahim.

“Siapakah pemiliknya sebelum kamu?”Tanya orang tua itu.

“Ayah aku,”jawab Ibrahim.

“Sebelum dia?”Tanya orang tua itu lagi.

“Ayah kepada ayah aku,iaitu datuk aku,”jawab Ibrahim lagi.

“Sebelum dia?”Soal orang tua itu lagi.

“Ayah kepada datuk aku!”Menjawab sambil meninggikan suara.

“Dimanakah mereka?”Tanya orang tua itu.

“Di dalam kubur,”jawab Ibrahim.

“Nah,inilah rumah tumpangan.Pemiliknya hidup sementara di sini dan begitu juga kamu!”Balas orang tua itu.

Ibrahim tersentak mendengar teguran orang tua itu.Lalu dia termenung seketika dan apabila dia sedar dari termenung,dia dapati orang tua itu sudah hilang.Dikatakan orang tua itu ialah nabi Khaidir.

++++++++++++++++

Suatu hari dia pergi ke hutan untuk berburu.Apabila dia melihat seekor kancil,dia cuba mengikuti kancil itu secara senyap-senyap dengan harapan dapat menembak kancil tersebut.Sedang dia menjaga langkah-langkahnya,tiba-tiba dia terdengar satu suara.

“Wahai Ibrahim,bukan kerana ini kamu diciptakan dan bukan ini kewajipanmu,”seru suara itu.

Dia memandang ke kiri dan kanan dan dia dapati memang tiada seorang di kawasan itu.Dia mengambil keputusan mudah bahawa suara yang didengarinya adalah suara syaitan.Seraya dia berkata, “Semoga Allah melaknat kamu wahai Iblis.”Dia meneruskan pemburuannya dan sekali lagi dia terdengar suara yang sama dengan seruan yang sama.Akhirnya dia sedar dan melafazkan, “Aku sedar, aku telah disedarkan! Allah,tuhan semesta alam telah mengingatkanku. Sungguh mulai hari ini aku akan patuh terhadap segala perintah Nya dan aku tidak akan durhaka kepada Nya, selama Allah masih melindungiku.”

++++++++++++++++

Perjalanan Seorang Hamba

Setelah dia sedar yang dia tidak akan berjumpa dengan Tuhan selagi dia tidak meninggalkan kemewahan yang dimilikinya,lalu dia memutuskan untuk berkelana ke Iraq tanpa membawa bersama kemewahan miliknya.

Dijadikan cerita,dia telah menetap di sebuah kampung.Sedang dia berjalan-jalan,dia ditegur oleh seorang musafir.

“Wahai lelaki,adakah kamu hamba?”Tanya si Musafir.

“Ya,aku seorang hamba,”jawab Ibrahim.

“Tahukah kamu di mana terdapat perkampungan terdekat?”Soal si Musafir.

“Di sana,”jawab Ibrahim sambil menunjuk-nunjuk ke arah kawasan perkuburan.

Lelaki tadi berfikir yang dirinya sedang dimain-mainkan oleh Ibrahim,lantas dia mengangkat tongkat yang dipegangnya dan memukul Ibrahim sehingga berdarah.Dalam keadaan parah,Ibrahim berkata, “pukullah kepala yang penuh dengan dosa ini.”

Lalu lelaki tadi beredar.Cerita itu diketahui oleh orang kampung.Seorang penduduk mencari lelaki yang memukul Ibrahim dan menegurnya.

“Wahai lelaki,tahukah betapa besar kesalahan yang telah kamu lakukan hari ini?Kamu telah memukul kepala seorang wali yang paling banyak beribadah di zamannya?”Ujar penduduk.

Mendengarkan kata-kata penduduk itu,lelaki tadi begitu menyesal dan dia mencari Ibrahim.

“Wahai Ibrahim,ampunilah kesalahan ku.Aku tidak mengenali siapa kamu. Tapi kenapa kamu mengakui dirimu hamba?”Tanya si Musafir.

“Kamu tidak bertanya aku hamba kepada siapa sebaliknya kamu bertanya adakah aku hamba.Aku menjawab ya kerana aku adalah hamba Allah dan selepas engkau memukul kepalaku,aku telah pun berdoa supaya engkau dimasukkan ke dalam syurga,”terang Ibrahim.

“Mana mungkin,”tanya lelaki itu yang dipenuhi dengan tanda tanya.

“Kerana,tatkala engkau memukulku,aku bersabar dan ganjaran bagi sabar tidak lain dan tidak bukan melainkan syurga Allah.Mana mungkin aku mendoakan engkau masuk ke neraka sedangkan kerana engkau aku dimasukkan ke dalam syurga,”jelas Ibrahim.

++++++++++++++++

Ibrahim bin Adham berkerja dengan seorang orang kaya yang memiliki ladang limau.Ditakdirkan Allah,pemilik ladang itu ingin bermusafir selama 2 bulan dan dia menyerahkan hak menjaga ladang limau itu kepada Ibrahim bin Adham.Apabila dia pulang,dia memanggil Ibrahim dan menyuruh Ibrahim membawa kepadanya sebiji buah limau yang manis.Namun,buah pertama yang dibawa oleh Ibrahim masam dan tidak enak dimakan.Tuannya mengarahkan Ibrahim mengambil sebiji lagi dan Ibrahim mengambil yang rasanya hampir sama.Maka perkara ini berulang sebanyak 4 kali sehingga tuannya timbul rasa hairan.

“Wahai Ibrahim,2 bulan aku tinggalkan ladang limau ini kepada engkau, apakah engaku tidak bisa mengenal yang mana manis dan yang mana masam? Soal Tuannya.

“Tidak tuan,”jawab Ibrahim dengan penuh ikhlas.

“Apakah engkau tidak memakan buah oren walaupun sebiji?”Soal tuannya lagi.

“Wahai tuan,semasa engkau ingin bermusafir,engkau telah berpesan kepadaku untuk menjaga ladang buah limau bukan makanlah buah limau.Maka dengan itu aku tidak makan walaupun sebiji buah limau,”jawab Ibrahim.

++++++++++++++++

Nasihat Ibrahim Bin Adham

Pada suatu hari, ada seorang lelaki datang menghadap Ibrahim bin Adham, slalu berkata: “Wahai Ibrahim bin Adham, aku ialah orang yang lupa diri. Oleh itu, berilah aku sesuatu yang dapat mencegah serta menyelamatkan hatiku daripada kecuaian!”

Ibrahim menjawab, “Jika kamu mahu menerima lima perkara serta mampu melaksanakannya, nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi.”

Lelaki itu berkata,“Tolong sampaikan hal itu kepadaku, wahai Abu Ishaq.” Ibrahim kemudian berkata,“Pertama apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, janganlah kamu memakan rezekinya.”

Pemuda itu kemudian bertanya lagi,“Lalu dari mana aku makan, bukankah semua yang ada di bumi ini adalah rezeki pemberian-Nya.” Ibrahim menjelaskan,”Begini, wajarkah kamu memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu masih selalu menderhaka kepada-Nya?”

Lelaki itu berkata,“Sekarang tolong beritahukan yang kedua.” Ibrahim berkata,“Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepada-Nya, jangan sampai kamu menginjak bumi-Nya.” Ujar lelaki itu,“Perkara ini mungkin lebih berat daripada perkara pertama. Segala sesuatu yang ada, bermula dari belahan timur sampai barat adalah sesuatu milik-Nya, lalu di mana aku akan tinggal?”

Ibrahim berkata,“Begini, wajarkah engkau memakan rezeki-Nya dan tinggal di wilayah-Nya, sedang kamu masih menderhakaiNya?” Lantas lelaki itu menjawab: “Tidak, sekarang tolong sebutnya yang ketiga!”

Ibrahim berkata lagi,“Jika kamu hendak melakukan sesuatu kemaksiatan, sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayah-Nya, sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui oleh-Nya, kemudian di tempat itu kamu dapat bebas berbuat maksiat.” Lelaki itu semakin bingung dan kemudian berkata,“Wahai Ibrahim! Bagaimana hal ini dapatku lakukan. Dia selalu mengetahui apa saja yang dirahsiakan?”

Ibrahim meneruskan hujahnya,“Wajarkah kamu memakan rezeki-Nya dan berada di wilayah-Nya, sedangkan kamu masih derhaka kepada-Nya dan Dia selalu mengawasi segala gerak-gerimu?”Pemuda itu segera menjawab,“Tidak, sekarang cuba sebutkan yang keempat!”

Ibrahim berkata,“Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu, cuba mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kerana Allah.” Jawab lelaki itu,“Mustahil dia mahu menerima permohonan itu.”

Tanya Ibrahim,“Kamu tidak mungkin mampu menolak kematian hingga kamu dapat bertaubat dan di sini kamu dapat mengetahui bahawa malaikat pencabut nyawa mustahil memberi tempoh kepadamu, lalu bagaimana mungkin kamu akan mendapatkan sebuah jalan untuk menyelamatkan diri?” Lelaki itu seterusnya berkata ,“Sekarang cuba tolong sebutkan yang kelima.”

Ibrahim berkata,“Jika pada hari kiamat nanti, malaikat Zabaniyah datang kepadamu untuk membawamu ke neraka, usahakan untuk menolaknya.”Jawab lelaki itu,”Mereka tidak mungkin bersedia meninggalkanku begitu saja, walaupun aku kemukakan pelbagai alasan.”

Ibrahim bertanya lagi,“Jika demikian, bagaimana mungkin kamu akan mengharapkan suatu keselamatan?” Kata lelaki itu berkata,”Wahai Ibrahim! cukup, cukup! Sekarang aku akan memohon ampun dan taubat kepada-Nya.”

sumber: http://azzariyat.com/blog/2009/05/17/ibrahim-adham-pemimpin-yang-menjadi-hamba/comment-page-1/#comment-3120

Saujana - Jika Terakhir Buatku





Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

Lagu : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Lirik : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit : Munif Ahmad
Muzik : Eddie Slam
Gitar : Eddie Marzuki
Vokal : Saujana
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn Bhd

Thursday, October 28, 2010

Srikandi Mujahidah di Teratak Sayyid Qutb



Sayyid Qutb adalah seorang tokoh yang amat mesra bagi mereka yang terjun ke medan dakwah. Penulisan-penulisannya menjadi panduan dan sumber inspirasi kepada para petugas Islam. Karangan beliau seperti Tafsir Fi Dhilal al-Quran dan Petunjuk Sepanjang Jalan, menjadi teman akrab pendakwah untuk menyalakan suluhan tarbiah Islam. Perjuangannya di dalam Ikhwan al-Muslimin bersama rakan-rakan seperti Hasan Hudhaibi, adalah lanjutan kepada momentum yang telah dicetuskan oleh pengasasnya al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna

Namun, tidak ramai yang berpeluang mengenali kehidupan Asy-Syahid Sayyid Qutb secara mendalam. Tidak banyak maklumat yang diketengahkan kepada pembaca tentang latar belakang keluarganya yang sudah tentu memberikan kesan yang besar kepada pembentukan peribadi dan kualiti diri Asy-Syahid malah kemudiannya turut terkesan dengan ketokohan Asy-Syahid itu sendiri.

Di dalam kesempatan ini, kita akan mengambil peluang untuk mengenali tokoh srikandi yang menjadi sendi penting di dalam ketokohan Asy-Syahid Sayyid Qutb itu sendiri. Semoga ia menjadi dorongan kepada wanita muslimah hari ini untuk menggembeleng peranan dan potensi mereka ke arah produksi lebih ramai insan luar biasa seperti Asy-Syahid Sayyid Qutb di tengah-tengah gelombang cabaran akhir zaman ini.

Bonda Sayyid Qutb berasal dari sebuah keluarga yang mulia. Beliau berkahwin dengan Qutb Ibrahim, ayahanda kepada Sayyid Qutb sebagai isteri kedua, tinggal bersama-sama Qutb Ibrahim seketika di Kaherah sebelum pulang ke kampung bersama keluarganya.

Bonda Sayyid Qutb mempunyai empat adik-beradik lelaki, dua daripadanya menuntut di al-Azhar asy-Syarif. Salah seorangnya dikenali sebagai Ahmad Husain Othman yang lebih dikenali sebagai Ahmad al-Moushi, nisbah kepada perkampungan Moushah. Ketika Sayyid Qutb menuntut di Kaherah, beliau tinggal bersama bapa saudaranya ini, Ahmad al-Moushi.

Sayyid Qutb dibesarkan oleh bondanya yang memiliki kesempurnaan sifat sebagai seorang wanita yang solehah dan berjiwa kental. Beliau seorang yang pemurah dan banyak bersedekah. Beliau gemar memasakkan makanan untuk pekerja-pekerjanya di ladang serta tetamu-tetamu yang datang mengaji di rumah beliau. Bonda Sayyid Qutb tidak pernah mengganggap semua ini sebagai bebanan kerana beliau menjadikan amalan ini sebagai usahanya mendekatkan diri kepada Allah SWT. Amalan seperti ini sememangnya menjadi tradisi isteri kepada pejuang-pejuang Islam khususnya di rumah-rumah dan pondok pengajian. Bukan sahaja kesetiaan menuntut ilmu dan bekerja yang terhasil malah kesemua yang bernaung di bumbung itu terikat dengan perasaan kasih sayang yang terpercik dari sifat pemurah dan penyayang wanita solehah yang menjadi srikandinya.

Bonda Sayyid Qutb juga amat gemar mendengar bacaan al-Quran malah beliau amat mudah terkesan dengan ayat-ayat yang dibacakan itu. Hal ini dijelaskan oleh Sayyid Qutb di dalam bukunya at-Tasweer al-Fanni fi al-Qur”™aan: “Setiap kali engkau asyik mendengar tilawah al-Quran dari belakang tabir oleh para Qurra”™ yang datang mengaji ke rumah kita di sepanjang bulan Ramadhan, seandainya aku tercuai dan ingin bermain-main seperti kanak-kanak yang lain, engkau akan mengisyaratkan kepadaku dengan tegas sehingga aku terdiam dan turut menyertaimu mendengar bacaan itu. Dari situlah jiwaku mula meneguk irama al-Quran walaupun dengan usiaku yang masih kecil, belum mampu memahami makna bacaan itu…

Ketika aku membesar di dalam penjagaanmu, aku telah dihantar ke Madrasah Awwaliyyah di kampung. Harapan terbesarmu kepadaku adalah supaya Allah membukakan jalan kemudahan bagiku oleh Allah untuk aku menghafaz al-Quran dan direzekikan kepadaku suara yang lunak untuk membacanya. Sesungguhnya semenjak itu aku sentiasa membacakan al-Quran bagimu di setiap masa dan setiap ketika…

Kini engkau telah pergi meninggalkanku, wahai bonda tersayang. Gambaran terakhir dirimu yang sentiasa segar di ingatanku adalah samar-samar dirimu yang sering duduk di hadapan radio, mendengar keindahan bacaan-bacaan al-Quran. Amat jelas pada lekuk-lekuk wajahmu yang mulia, tanda-tanda mendalamnya ertimu terhadap makna yang tersurat lagi tersirat kalimah al-Quran itu, dengan hatimu yang agung dan perasaan halusmu yang merenung.” [ms 5, at-Taswir al-Fanni fi al-Quran, Dar ash-Shurooq, tanpa tarikh].

Sayyid adalah anak sulung lelaki beliau di samping anak-anaknya yang lain iaitu Aminah, Hamidah dan Muhammad. Wanita berjiwa besar ini telah membesarkan anaknya, Sayyid, dengan penuh ketelitian. Pada “Sayyid”lah beliau letakkan segala harapan, lantas anaknya ini dibesarkan dengan iman, kemuliaan dan latihan pendedahan memikul tanggungjawab. Malah bonda Sayyid Qutb mahukan anaknya ini menjadi dewasa lebih awal dari masa biasanya. Sayyid sentiasa ditiupkan jiwa kedewasaan sehingga beliau acapkali menjauhkan diri dari suasana kebudak-kebudakan yang mengiringi zaman kanak-kanaknya.

Sesungguhnya bonda Sayyid Qutb telah menggabungkan dua unsur penting yang membina keperibadian mujahid dan mujaddid ini. Beliau limpahkan sepenuh rasa kasih sayang dan kemanjaan seorang ibu kepada anak, tetapi kasih sayang itu disiram dengan keakraban al-Quran. Kasih sayang itu bukanlah kemanjaan yang membinasakan proses pembinaan syakhsiah jati diri anaknya kerana di dalam kemanjaan itu, bonda Sayyid Qutb membina keyakinan diri yang tinggi di dalam diri anaknya supaya membesar sebagai seorang yang berjiwa tinggi.

Bonda Sayyid Qutb kembali ke rahmatullah pada tahun 1940. Kematiannya memberikan impak yang amat besar kepada Sayyid Qutb. Ia dibayangkan menerusi ungkapan beliau di dalam tulisannya al-Atyaaf al-Arba”™ah ms. 168 [oleh Sayyid Qutb dan adik beradiknya, terbitan Beirut 1967M tanpa nama penerbit]:

“Bonda..

Siapakah selepas ini yang akan menceritakan kisah zaman kanak-kanakku, seakan-akan ia suatu peristiwa yang baru semalam berlaku? Siapakah lagi yang akan membayangkan kepadaku zaman muda untuk dibawa kembali bayangannya kepada kehidupan dan diundang semula kepada alam wujud ini buat kali yang seterusnya?

Engkau telah memberikan gambaran terhadapku bahawa diriku adalah insan yang istimewa semenjak aku masih di dalam dodoian buaian kehidupan. Kau sering hikayatkan kepada diriku tentang impianmu yang lahir dengan kelahiranku, yang merangkak-rangkak terserap ke dalam jati diriku bahawa aku seorang yang mulia. Ia telah tergalas di atas diriku sebagai suatu tanggungjawab yang besar dan semua ini adalah dari tatih impianmu terhadapku dan “˜wahyu”™ bisikan hatimu. Siapakah nanti yang akan membisikkan kepadaku khayalan-khayalan yang membara itu? Siapakah lagi yang akan meniupkan dorongan ke dalam hatiku..?.”

Amat benarlah bagai yang dikata pepatah: “tangan yang mengayun buaian itu bisa menggoncang dunia”. Sentuhan tarbiah tangan seorang ibu telah melahirkan seorang mujahid seperti Sayyid Qutb, yang limpahan hikmahnya terus mengalir deras ke jiwa pejuang Islam, di sepanjang zaman…

- Diolah semula dari kitab Sayyid Qutb: Min al-Meelaad ilaa al-Istisyhaad karangan Solah Abdul Fattah al-Khalidi [Darul Qalam, Damascus, 1994M]

Sumber: http://saifulislam.com/?p=301

ErTi HiDuP PaDa MeMbErI....Allahu Akbar!!!

Thursday, October 7, 2010

Sebaik-baik ucapan pendakwah..

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...