“Adapun kebahagiaan ilmu, maka hal itu tidak dapat kamu rasakan kecuali dengan cara mengerahkan segenap kemampuan, keseriusan dalam belajar, dan niat yang benar"-Ibnu Qayyim.

Wednesday, June 30, 2010

Tak kenal, maka tak cinta..

Tema curhat(curahan hati) hari ini ialah tak kenal maka tak cinta...without knowing something or someone thoroughly, there is no way one's can fall in love with the thing or the person...huh tak tersanggka, terkeluar plak slang bi..huhu tiba-tiba terbit rasa rindu pada tok guru ku, Mr Jacob. 2 minggu posting telah melembutkan lidahku untuk bertutur dalam bi, walaupun tidakla fluent seperti tok guruku itu. Tapi itulah sahaja masa dimana aku dapat speaking habis-habisan tanpa sebarang perasaan malu & takut. Peluang untuk meningkatkan diri harus direbut!
Cukuplah sekadar itu perihal Mr Jacob, jumpa lagi tahun depan jika dipanjangkan umur.

Hidayah Allah sangat mahal harganya. Tiada siapa yang mampu membeli, mencuri atau merampasnya dari Allah. Hanya Allah yang bisa mengurniakannya kepada sesiapa yang dikehendaki. Mahu dikongsikan satu cerita, kisah benar ni, tak tipu. Tentang seorang kakak dan adik-adiknya. Seorang kakak dimana Allah telah kurniakan Hidayah kepadanya terlebih dahulu tentang kemanisan dan kelazatan melakukan ibadat. Seorang kakak yang mengisi waktu2 dhuhanya dengan solat dhuha, yang mengisi solat2 fardunya dengan solat jemaah 5 waktu di masjid dan yang mengisi malam2 harinya dengan qiamullail (yang ni pada bulan ramadhan). Teringat lagi, bagaimana si kakak ini sanggup meninggalkan bapanya yang mahu dimasukkan ke dalam operation room, hanya kerana tak mahu meninggalkan solat jemaahnya dimasjid, tak mahu menduakan Tuhannya dengan perhiasan2 didunia...wah..Cinta Allah more than anything and everything. Sesuatu yang sangat jauh dari jiwa-jiwa manusia akhir zaman ini.

Teringat lagi bagaimana si kakak selalu menasihati adik-adiknya untuk mengikut jejaknya(berleter senang citer), tapi tak kenal maka tak cinta...maka nasihat itu hanya disave dalam hati. (nasib baik tak delete terus). Ironinya, manusia memang luarannya hampir sama, malah semua dijadikan Allah dari 23 pasang kromosom tapi iman setiap orang berbeza. Sebagai contoh, ramai yang tahu fadhilat solat dhuha. Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.

Namun, berapa kerat yang betul2 dapat merasai & menikamatinya. Segelintir sahaja. Termasuklah adik-adik kepada si kakak tadi. Kendatipun, si kakak terus berusaha menasihatinya. Katanya 'u are still young my dear not like me. I only aware about dhuha at this age and what a great lost i have...So u shoud start perform it now, don't wait until my age....'(dialih bahasa..maaf bi bermasalah) . Susulan itu, si adiknya pun start melakukan sunat dhuha, namun secara tidak konsisten. Hanya mengikut moodnya sahaja. Lama-kelamaan ibadatnya itu ditinggalkan terus.
Tapi kisahnya panjang lagi, pada suatu hari....booom...Hidayah akhirnya diturunkan Allah kepada mereka. Alhamdulilah. Bukan sahaja solat sunat dhuha, malah solat jemaah juga. Semuga masa yang dianugerahkan kepada mereka dapt diguna sebaiknya untuk meningkatkan lagi amal ibadat kepada Allah. Tamat.

Sekian sahaja kisah adik dengan kakaknya. Kisahnya sangat syahdu, akan tetapi dengan gaya penulisan diriku yang masih mentah ini, mungkin Tuan-Puan terasa kurang menyengat. Seribu kemaafan dipohon dipinta. Moraln yang ingin ditonjolkan ialah, kita tak boleh berasa putus asa dan jemu untuk menyeru manusia ke arah kebenaran dan kesabaran. Walaupun sukar tapi pesimis itu adalah tidak wajar. Bak kata seekor kura-kura (dibaca dari kisah kura-kura pesimis) "Memang saya tak boleh tapi saya perlu boleh".

Monday, June 28, 2010

Sudut Kesihatan: Mengenalpasti Punca Sendawa



Oleh Raihanah Abdullah

SESUDAH kenyang makan, lazimnya kita akan sendawa. Justeru, sendawa selepas makan pastinya tidak menimbulkan kebimbangan kepada diri sendiri mahupun orang yang mendengarnya.

Bagaimanapun, bayangkanlah jika anda sering sendawa saban hari dan turut menimbulkan kehairanan, terutama kepada orang sekeliling berhampiran.

Namun, apa yang pasti, apabila kita terdengar seseorang sendawa atau kentut, mengadu kembung perut atau berasa tidak selesa pada bahagian perut, secara umum, kita anggap keadaan itu sebagai angin.

Bagaimanapun, jangan sekali-kali memandang ringan jika anda sering mengalami sendawa dan sebaik-baiknya dapatkan pemeriksaan lanjutan untuk mengetahui punca sebenar sendawa, apatah lagi jika anda mengalami keadaan itu bertahun-tahun lamanya.

Perunding bedah di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Zain al-Rashid Mohd Nor, berkata punca sendawa boleh dibahagi kepada dua faktor utama iaitu organik dan penyebab luaran atau functional.

Beliau berkata, faktor organik dikaitkan kepada sesuatu penyakit yang berpunca daripada struktur di dalam gastro usus yang membabitkan penyakit dan kanser tertentu.

Katanya, faktor penyebab luaran membabitkan sebab-sebab psikologi seperti tekanan, kemurungan, perasaan cemas, pengambilan ubat-ubatan penahan sakit dan menahan pengeluaran angin.

Selain itu, katanya, perubahan hormon, gangguan kitaran haid, masalah personaliti, tekanan dalam kehidupan juga boleh menyebabkan seseorang itu kerap sendawa.

Beberapa faktor lain yang turut menyebabkan sendawa ialah apabila seseorang itu terlalu sensitif apabila dipegang, yang mana angin akan tertolak keluar apabila badan individu itu disentuh.

* Dalam keadaan ini, otot badan akan menjadi keras sekali gus perut akan menjadi tegang dan angin pula tertolak keluar sehingga individu itu sendawa*, katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Dr Zain al-Rashid berkata, kira-kira 70 peratus daripada punca sendawa bukan berpunca daripada faktor organik dan tidak perlu dikhuatiri dan lazimnya, seseorang itu akan sembuh dalam tempoh satu tahun.

Bagaimanapun, katanya, amat penting bagi setiap orang untuk mengenal pasti punca sendawa terlebih dulu. Ini kerana, katanya, salah satu petanda seseorang itu berpenyakit kanser dan menghidap penyakit tertentu ialah apabila mereka kerap sendawa dalam tempoh yang lama, iaitu sehingga tujuh tahun. Apakah penyakit yang dikaitkan dengan sendawa?


Kanser perut.

Kanser esofagus.

Peptik ulser.

Duodenal ulser.

Peningkatan tahap asid di dalam perut.

Kembung perut.

Infeksi helicobacter pylori.

Batu di dalam hempedu.

Sembelit.

Bagaimana pemeriksaan dan diagnosa dilakukan?

Doktor akan mengambil sejarah pesakit. Pesakit kemudiannya dikehendaki menjalani beberapa pemeriksaan iaitu:


Ujian darah.

Ujian air kencing.

Pemeriksaan najis.

Pemeriksaan ultra bunyi.

Ujian gastroskopi.

Kesemua ujian itu penting bagi membolehkan doktor mengenal pasti faktor yang menjadi punca kepada masalah sendawa yang sedang dialami pesakit.

Selain itu, rawatan bagi sendawa pula bergantung kepada punca sendawa. Sebagai contoh, jika ia disebabkan penyakit seperti batu di dalam hempedu, doktor akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pembedahan. Bagaimanapun, jika ia disebabkan oleh masalah kembung perut, sembelit, ulser peptik atau duodenal, doktor akan memberikan pesakit ubat-ubatan.

Secara am, angin di dalam perut tidak berbahaya dan memudaratkan dan keadaan ini selalunya menyebabkan ramai orang memandang ringan keadaan itu.

Bagaimanapun, harus diingatkan supaya anda menjalani pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri ia ada kaitan dengan penyakit organik dan jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan kanser.

Saturday, June 26, 2010

Perihal Jemaah Islamiah


Sedutan Berita dari Utusan online:

KUALA LUMPUR 15 Jun - Kumpulan militan, Jemaah Islamiah (JI) warga asing yang dikatakan cuba menghidupkan kembali perjuangan mereka dikesan memasuki Malaysia menggunakan pas pelajar.

Sumber memberitahu, sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di selatan Semenanjung dan di Lembah Klang dikenal pasti menjadi sasaran golongan terbabit....

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kumpulan JI cuba menghidupkan kembali perjuangan mereka dengan merekrut golongan remaja di negara ini termasuk pelajar IPT.

Kata Musa, perkara itu terbukti selepas polis berjaya menahan dan mengusir 10 anggota JI dalam siri operasi yang dijalankan sejak awal tahun ini.

Ekoran penahanan itu, polis berjaya menyelamatkan seramai 20 hingga 30 pelajar IPT daripada terpengaruh dengan perjuangan mereka.

Ditanya mengenai modus operandi kumpulan ekstremis itu, beliau berkata, siasatan awal mendapat, pada peringkat permulaan, mereka bertindak licik dengan memperdayakan pelajar dengan isu-isu agama bagi mendapatkan simpati.

"Isu-isu seperti Islam dizalimi dijadikan sebagai umpan menyemarakkan semangat keislaman sebelum menerapkan perjuangan kumpulan itu pula," katanya.

hmm..siapakah sebenarnya JI ni? Kenapa diorang dianggap seperti musuh oleh kerajaan Malaysia...hmm

ASAL-USUL JEMAAH ISLAMIYAH


Jemaah Islamiyah(JI) adalah nama untuk kumpulan Muslim yang beroperasi di Asia Tenggara. Kumpulan ini menjadi popular selepas peristiwa pengeboman sebuah pusat hiburan di Bali pada 12 Oktober 2002, yang mengorbankan 202 nyawa, dan pengeboman di hotel J.W. Marriot, Jakarta, pada 5 Ogos 2003, yang membunuh 12 orang. Kemudian JI juga dipercayai bertanggungjawab ke atas pengeboman di depan pejabat Kedutaan Australia di Jakarta pada 9 September 2004, dan beberapa siri pengeboman gereja di Indonesia pada tahun-tahun sebelumnya. Oleh itu, JI secara rasmi dimasukkan ke dalam senarai organisasi teroris di PBB pada 23 Oktober 2002.


Walaupun dilaporkan bahawa JI baru ditubuhkan di Malaysia sekitar tahun 1990-an oleh Abdullah Sungkarbersama-sama dengan veteran perang Afghanistan yang terlibat dengan al-Qa‘idah, namun menurut sebahagian pengamat, akar kumpulan JI telah bermula sejak tahun 1970-an, ketika Sungkar dengan Abu Bakar Ba’asyir mendirikan Sekolah Agama atau Pondok Pesantren al-Mukmin yang dikenali sebagai Pondok Ngruki di Solo, Jawa Tengah. JI merupakan transformasi daripada gerakan Darul Islam (DI) yang pernah memberontak sekitar tahun 1950-an, bertujuan untuk mendirikan Negara Islam Indonesia (NII).Dikabarkan bahwa Sungkar dan Ba’asyir masuk ke dalam DI tahun 1976. Sungkar dilantik menjadi gabenor militer NII wilayah Jawa Tengah. Pada bulan Februari 1977 ia menubuh dan memimpin kelompok pejuang yang diberi nama Jemaah Mujahidin Ansharullah (JMA) dan dianggap oleh sebahagian pengamat sebagai mukadimah bagi gerakan JI sekarang. Menurut Mark Hong, Sungkar dan Ba’asyir akrab dengan Abdul Wahid Kadungga, dialah yang memperkenalkan kepada mereka gerakan Jama‘ah Islamiyyah (Islamic Group), sebuah gerakan militan Muslim yang merupakan pecahan daripada Ikhwan al-Muslimin (IM) dan mulai popular di Mesir tahun 1970-an.


Pada tahun 1978, Sungkar dan Basyir dipenjarakan oleh pemerintahan Soeharto, kerana didakwa bersubuhat dengan kumpulan Komando Jihadyang diketuai oleh Haji Ismail Pranoto (Hispran) untuk mencetuskan tindakan subversi, dan menuntut pelaksanaan Syari‘ah Islam di Indonesia. Pada tahun 1982, mereka dibebaskan, namun kemudian ekoran peristiwa Tanjung Priok tahun 1984 yang mengorbankan banyak nyawa, keduanya kembali dituduh melakukan subversi. Inilah yang menyebabkan Sungkar dan Ba’asyir melarikan diri ke Malaysia tahun 1985 melalui Medan. Dalam perjalanannya ke Medan, menurut sebahagian pengamat, Sungkar sempat singgah di daerah transmigrasi Lampung, Sumatera Selatan, iaitu kawasan penempatan transmigrasi (perpindahan penduduk) asal Jawa Tengah dan Jawa Timur. Ia sempat membentuk kumpulan yang dinamakan Jemaah Islamiyah di daerah Way Jepara. Lampung telah menjadi asas gerakan Darul Islam yang kuat sejak 1970-an, dipimpin Abdul Qadir Baraja, yang pernah menjadi guru dan turut mendirikan Pondok Ngruki dan kawan rapat Abu Bakar Ba’asyir, yang juga turut hadir pada kongres pendirian Majelis Mujahidin Indonesia (MMI) dan dilantik sebagai ketua bahagian fatwanya. Way Jepara merupakan tempat bagi apa yang disebut sebagai Sekolah Satelit Pondok Ngruki, yang pada tahun 1989 menjadi pusat sebuah pertempuran berdarah antara warga Pesantren dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI). Mereka dikenali sebagai kelompok Mujahidin Warsidi. Mereka dianggap menentang ideologi negara, Pancasila.


Tiba di Malaysia Sungkar dan Ba’asyir bertemu dengan Abdul Wahid Kadungga, dialah yang menguruskan tempat tinggal bagi mereka. Sungkar dan Ba’asyir menetap di Kuala Pilah dengan menggunakan nama samaran; Sungkar menggunakan nama “Abdul Halim”, sedangkan Ba’asyir menggunakan nama “Abdus Somad”. Di Malaysia mereka bertemu dengan pendatang lainnya yang berasal dari kelompok pemisah Aceh dan Sulawesi yang sebelumnya ada hubungan dengan DI. Sungkar dan Ba’asyir meneruskan dakwahnya. Walaupun mereka sudah berada di Malaysia, namun tetap berhubung dengan rakan-rakannya di Indonesia, bukan sahaja yang berada di Jawa Tengah, tetapi juga di Jakarta, Jawa Barat, Sumatera Utara, dan Sulawesi Selatan. Mereka merekrut anggota yang bersedia berperang di Afghanistan. Sungkar merekrut sukarelawan melalui Gerakan Pemuda Islam Indonesia (GPII) dan mulai menghantar mereka ke Afghanistan sejak tahun 1985 dengan bantuan dana daripada Rabitah al-‘Alam al-Islami (Islamic World League)


Cara yang dilakukan JI dalam merekrut anggota pejuangnya adalah sebagai berikut: Pertama, menyampaikan dakwah secara umum di masjid-masjid dan di pesantren-pesantren; Kedua, orang-orang yang nampaknya tertarik dengan dakwah tadi dijemput untuk menghadiri halaqah, yaitu pengajian tertutup dalam kumpulan kecil yang keanggotaannya lebih sedikit (usrah). Dalam halaqah ini anggota akan dibimbing oleh seorang murabbi (instruktor), dialah yang akan memimpin anggota melalui empat tahap: tabligh (penyampaian dakwah dan informasi), ta‘lim (pengajaran tentang agama Islam), tarbiyah (pendidikan dan latihan mental dan fizikal), dan tamhis (penyaringan). Pada peringkat tamhis, para peserta akan disaring dan diuji bakat serta keupayaan mereka, kemudian mereka akan dibai‘ah menjadi anggota yang setia sebagai pengikut JI.


Sungkar mengatakan bahwa untuk mewujudkan Dawlah Islamiyah itu diperlukan tiga kekutan: Quwwatul Aqidah (kekuatan akidah), Quwwatul Ukhuwwah (kekuatan persaudaraan sesama muslim), dan Quwwatul Musallahah (kekuatan bersenjata). Namun cara atau alat yang amat penting dalam mencapai tujuan tersebut, menurutnya, adalah dengan melaksanakan jihad (perang). JI juga membentuk pasukan khusus yang dipanggil dengan nama Laskar Khas. Antara tugas pasukan ini adalah melakukan serangan-serangan dan pengeboman.


Penulis berpendapat bahwa ada faktor kejiwaan yang mendorong kelompok berkenaan bertindak ganas. Secara umum mereka yang terlibat dalam kegiatan keganasan itu adalah golongan yang lebih muda, yang penuh dengan semangat dan keberanian, lebih-lebih lagi setelah mereka turut berperang di Afghanistan. Maka jiwa mereka telah serasi dengan suasana perang, dan cenderung menggunakan kekerasan terhadap orang-orang yang mereka anggap sebagai musuh. Dalam kumpulan al-Qaeda pun tidak semuanya menyetujui tindak keganasan. Abdullah Azzam sendiri, mentor Usamah bin Ladin, tidak merestui perjuangan menggunakan cara-cara keganasan. Sebaliknya, golongan yang lebih muda, seperti Ayman al-Zawahiri dan rakan-rakan yang berasal dari kumpulan Jihad Islam Mesir, inilah yang mendorong untuk melakukan kegiatan keganasan

(Dipetik dari 'ANALISIS TERHADAP GERAKAN JEMAAH ISLAMIYAH karya Zulkifli Haji Mohd Yusoff & Fikri Mahmud)



Lagu: Sandaran Cinta

Judul : Sandaran Cinta
Album : Sandaran Cinta
Munsyid : Saff-One
http://liriknasyid.com

Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi

Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian

Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa#8230;ooo#8230;

Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa

Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya

Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya...ooo...

Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa

Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia

Tadi usai pulang solat isyak, tiba-tiba telah terdengarlah lagu ini berkumandang di stesen radio IKIM...hmm..lagu ni macam dah lama,tapi tak pernah dengar la..macam biasa. Sebenarnya lagu ni menceritakan pasal apa?saya tak tahu kenapa bahasa Melayu saya sangat lemah. Walaupun dah dengar tapi masih tak paham. Ya Allah...nasib badan mak dapat anak macam ni. Semuga ada yang sudi menceritakan kisah disebalik lagu ni..amien..^_^

Friday, June 25, 2010

Kembara: Bulan & Al-Quran


Hari ini, tanggal 26hb Jun akhirnya sudah bermula perjalananku dalam menghafaz al-Quran setelah sekian lama meninggalkannya..huhu..cuti hampir 2 bulan sebelum ni betul2 difokuskan untuk mengulang je(plus buat report pelik 2...nasib badan)) sampai tak sempat nak cari modal baru. Tapi tak pe, sbb aku dah memang set nak mulakan hafalan hari ini..kebetulan hari ini akan terjadinya fenomena gerhana bulan. Ustaz Mat Nor Besar(ustaz ex-shams) yang cerita pasal ni. Katanya Gerhana akan berlaku pada jam 4 petang ni hingga jam sepuluh malam...Ustaz ni bukan saje masyi dalam bidang Quran, tapi dalam bidang falak pun..tabik la ustaz. Kata ustaz lagi, gerhana biasanya hanya berlaku dalam bulan2 tertentu, yakni bulan yang istimewa saje. Dalam tahun ni je, dah 3 kali terjadinya gerhana bulan ni..Oleh itu, sempena menghayati makna gerhana bulan ni, jom kite solat sunat gerhana bulan.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia. Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik. (sumber dipetik dari blog Ustaz Ahar..jazakallah khairan..)

Cara Solat Sunat Gerhana


Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah ) Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri) Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah.
Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut : Rakaat pertama 1. Niat solat Gerhana, Takbir 2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah 3. Rukuk 4. I'tidal 5. Baca Al-Fatihah dan surah 6. Rukuk. 7. I'tidal. 8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua 1. Niat solat Gerhana, Takbir. 2. Baca Al-Fatihah dan surah. 3. Rukuk. 4. I'tidal, 5. Baca Al-Fatihah dan surah. 6. Rukuk. 7. I'tidal. 8. Sujud 9. Tahiyyat Akhir

Dah abis bab gerhana, sambung balik bab cari modal. Alhamdulillah, pagi tadi aku dah start menghafal muka pertama surah Al-A'raf, juzuk 9. Kata kak anah, juzuk 9 ni agak mengcabar huhu..mungkin sebab baru masuk 1 muka, jadi masih tak terasa kepayahannya..tapi walau sesusah manapun, akan ku tempuhi jua.Muka yang pertama menceritakan tentang kaum nabi Syuaib yang enggan mengikut ajaran Allah, malah mengugut untuk mengusir nabi Syuaib & orang2 yang beriman jika tidak mahu kembali kempada ajaran lama. Akhirnya Allah menurunkan azab berupa gempa & bergelimpanganlah mayat2 dalam negeri itu seolah-olah, negeri itu tidakpernah didiami..InsyaAllah, esok akan disambung lagi perjuangan ini. Sehari semuka, jadi insyaAllah dalam tempoh yang masih berbaki 2 minggu ini,akan ku cari 7 muka sekurang-kurangnya...Semuga sentiasa dipermudahkan Allah. Dan semuga dapat jadi masyi macam Kak anah, kak sanah, kak tikah, kak aja, pokwe & pok mil..amien..

MASUK SYURGA KERANA RAHMAT ALLAH SWT


Muhammad bin Almunkadir dari Jabir r.a. berkata: "Nabi Muhammad SAW keluar kepada kami dan bersabda: "Malaikat Jibril tadi datang kepadaku dan berkata: "Ya Muhammad, demi Allah yang mengutuskan mu sebagai Nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama lima ratus tahun di atas sebuah bukit yang lebar, panjangnya tiga puluh hasta kali tiga puluh hasta dan dikelilingi oleh laut seluas empat ribu farsakh dari tiap penjuru, di situ Allah SWT mengeluarkan sumber air yang segar selebar satu jari dari bawah bukit, juga pohon delima pada tiap hari berbuah sebuah delima, maka bila siang hari turunlah orang itu untuk wuduk dan memetik delima, lalu dimakannya, kemudian berdiri sembahyang dan ia minta kepada Tuhan supaya dimatikan dalam sujud, dan supaya badannya tidak disentuh bumi atau lain-lainnya hingga bangkit di hari kiamat sambil sujud, maka Allah SWT telah menerima permintaannya, kerana itu tiap kami naik turun dari langit selalu melaluinya ia sedang sujud. Jibril berkata: "Kami dapat dalam ilmu, bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah SWT, lalu Allah SWT menyuruh: "Masukkanlah hambaKu itu ke dalam syurga dangan rahmatKu." Maka berkata orang itu: "Dengan amalku." Maka Allah SWT menyuruh Malaikat supaya menghitung semua amalnya dan nikmatKu iaitu nikmat melihat (penglihatan), tiba-tiba nikmat penglihatan itu telah mengelilingi ibadatnya selama lima ratus tahun, sedang nikmat-nikmat Allah SWT yang lain-lainnya belum. Maka Allah SWT berfirman: "Masukkan ia ke dalam neraka." dan ketika ditarik menuju keneraka, ia berkata: "Masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatMu."

Maka Allah SWT berfirman kepada Malaikat: "Kembalikanlah ia." Lalu ditanya oleh Allah SWT: "Hambaku, siapa yang menjadikan kau daripada tidak ada?" Jawabnya: "Engkau Tuhan." Lalu ditanya: "Apakah itu kerana amalmu atau rahmatKu?" Jawabnya: "Dengan RahmatMu." Lalu ditanya: "Siapakah yang memberi kekuatan kepadamu untuk beribadat lima ratus tahun?" jawabnya: "Engkau Tuhanku." Lalu ditanya lagi: "Dan siapakah yang menempatkan kau diatas bukit dan ditengah laut dan mengeluarkan air segar yang tawar dari tengah-tengah laut yang masin getir dan menumbuhkan buah delima tiap pagi, padahal buah itu hanya berbuah satu tahun satu kali, lalu kau minta kepadaKu untuk mati sujud, siapakah yang berbuat itu semua?" Jawabnya: "Engkau Tuhanku." Firman Allah SWT : "Maka semua itu dengan rahmatKu." Malaikat Jibril berkata: "Segala sesuatu terjadi dengan rahmat Allah SWT."

Keterangan dari Al-Quran dan Hadith

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan RAHMATNYA kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:21)

Dan tiadalah aku (Nabi Yusuf a.s) berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi RAHMAT oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Yusuf: 53)

Dan demi sesungguhnya! Jika Kami beri dia merasai sesuatu RAHMAT dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah ia (dengan sikap tidak bersyukur): "Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata), dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku akan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini)!" Maka demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang yang kufur ingkar itu akan keburukan apa yang mereka telah kerjakan, dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa yang seberatberatnya. (Fussilat: 50)

Wallahua'lam."
Dipetik dr teman se'fb', Hafizuddin Taufik Ramli
Jazakillah khairan ya akhi..

Monday, June 21, 2010

Sungai dalam laut

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)


Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.



Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”




Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

~Dipetik dari blogs INIJALANKU oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...